Seorang gadis Melayu mengongsi mesej dari seorang penjual di Lazada yang enggan menurut permintaannya sebagai pelanggan. Dia menulis:
Saya pesan sesuatu dari Lazada dan minta penjual tuliskan ‘Happy Valentine’s Day‘, dan OMFG annoyingnya Melayu macam ni.


Ada yang menyokongnya, tetapi ramai yang mengkritik perbuatan pengguna Twitter tersebut. Hanya kerana penjual itu merasakan ia melanggar kepercayaannya dan dia tidak mahu bersubahat, dia ditularkan.
“Penjual ini bertindak betul.”
“Bila tegur depan, suruh tegur secara peribadi. Bila tegur secara peribadi, dia tularkan pula.”
“Penjual berhak tidak buat permintaan pelanggan yang melanggar kepercayaan mereka.”
“Dah salah, nak salahkan orang lain.”
Sambutan Hari Valentine’s pada masa kini juga disambut segelintir orang Islam.
Namun ini tidak bermakna anda berhak libatkan orang Islam lain yang enggan menyambutnya. Sebagai penjual, dia berhak untuk menolak jika permintaan pelanggan melanggar kepercayaannya dan mungkin menyebabkan perniagaannya tidak diredai.
Dan mungkin juga ini petanda sesuatu yang lebih membimbangkan, bila mana menyambut Valentine’s buat orang Islam (pengguna Twitter tersebut bertudung) sudah dianggap normal, dan yang menasihatkan pula dianggap salah. Apa kata anda? – amazingnara.com