Enggan Tinggal Tunang Walau Tunangnya Lumpuh Akibat Kemalangan, Setiap Hari Datang Rumah & Kutip Herba

Trending

Enggan Tinggal Tunang Walau Tunangnya Lumpuh Akibat Kemalangan, Setiap Hari Datang Rumah & Kutip Herba

Kisah tragis yang menyentuh hati apabila seorang wanita berusia 27 tahun di Guangxi yang menjaga tunangnya yang lumpuh dengan sabar menjadi viral di media sosial China.

Advertisement

Liao Mingpei mengenali tunangnya itu, Jiang Pengfei pada 2009. Tidak lama selepas itu, mereka berdua bercinta dan bertunang.

Namun hidup mereka mula menjadi tunggang terbalik pada Ogos tahun lepas, apabila Jiang ditimpa satu besi besar ketika dia sedang bekerja hingga menyebabkan tulang kepalanya rosak. Disebabkan kemalangan itu, Jiang menjadi lumpuh.

Biarpun keadaan tunangnya sebegitu, Liao masih bersama dan enggan meninggalkan tunangnya itu begitu sahaja, malah dia datang ke rumah Jiang setiap hari unutk menjaga dan merawat tunangnya itu.

Apabila Jiang dahaga, Liao akan memberikan air menerusi suntikan. Apabila Jiang perlu membuang sesuatu dalam lehernya, Liao akan menepuk belakang tunangnya itu.

Setiap hari juga, Liao dan ibu Jiang akan mendaki bukit untuk mengutip herba untuk dijadikan ubat kepada Jiang.

Liao turut memberitahu pemberita bahawa dia selalu bermimpi bahawa satu hari nanti Jiang akan bangun dan mereka akan mengambil foto perkahwinan bersama.

Apabila ditanya mengapa dia begitu setia menjaga tunangnya yang lumpuh itu, Liao cuma tersenyum dan menjawab: “Satu hari bersama sebagai ‘satu’ bermakna kesetiaan untuk sepanjang hidup”.

Sumber : Shanghaiist

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...