Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Enggan Tegur PU Abu : Caprice Minta Da’i Wan Dazrin Berlaku Adil

Tidak dinafikan, ramai yang meluahkan rasa marah dengan tindakan penuh kontroversi PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang hamil semata-mata ingin berkahwin dengan seorang janda.

Advertisement

Lebih membangkitkan kemarahan ramai apabila Da’i Wan Dazrin, seorang pendakwah bebas yang sebelum ini lantang bersuara dan menulis surat terbuka menegur golongan artis, kini hanya bertindak mendiamkan diri dan enggan pula memberikan sebarang teguran kepada PU Abu.

Da’i Wan hanya menjelaskan hukum dimana menceraikan isteri ketika hamil adalah ‘harus’ dan sah disisi agama Islam, namun ia bukanlah perlakuan yang baik.

Kerana kengganan Da’i Wan menegur PU Abu, ramai yang menganggap beliau seakan berat sebelah.

Advertisement

Malah, selebriti Caprice juga meminta agar pendakwah itu berlaku adil. Tegurlah setiap orang yang melakukan kemungkaran tidak kisah apa status mereka. Rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan Caprice.

Sejujurnya, yang salah tetap salah walaupun mereka adalah sahabat baik kita. Mungkin Da’i Wan perlu lebih tulus dan tegas mengulas isu ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Abucu

    April 22, 2019 at 11:54 pm

    Kesian da’i. Dah terang panjang lebar ttp org xphm. Ada level kesalahan dalam islam ni. Tegur dgn keras klu level kesalahan tu jelas jatuh dosa dan haram dari sisi islam. Tp klu menceraikan isteri itu sah bukan dosa. Cuma xpatut aje la.. Dah la bini tu tgh sarat. Xde kene mengena dia backup gang atau seumpamanya.

  2. babe

    April 22, 2019 at 11:41 pm

    da’i PU adalah keluaran rancangan realiti tv…

  3. Anonymous

    April 22, 2019 at 11:55 am

    Dai wan ni cume berani tegur artis pompuan ngan geng lembut2 je…..HIPOKRIT..berdakwah pon pilih bulu…berdakwah dgan selesanye di tempat beraircond duduk depan komputer taip surat terbuka untuk artis2 pompuan pastu buat ayat gatal…
    Kdg2 yg buat aku berbulu dgn ustaz2 mcm ni bila diorang cuma gunakan hukum agama ayat quran bila satu2 benda tu memihak pada diorang tp mengabaikan yg selainnye.

  4. Rachensue

    April 22, 2019 at 10:25 am

    Mak aii..manalah keadilan tuk wanita. Buat malu jak lah lelaki beragama ni. Bukan kah kamu cukup ilmu maka bimbinglah wanita kamu bukan diceraikan. Maka diharuskan pulak..puii itu hukum lelaki dayus .apa punya lelaki lah ni konon beriman buat malu jaklah kamu. P baca komen ustaz ebit liew tu lagi masuk akal Walhal ustaz tu ustaz mualaf. Shame on u

    • Anonymous

      April 22, 2019 at 3:36 pm

      yes… shame to this Da’i… pung pang backup si abu hangus tu…
      ingat ahli2 agama pun bole jadi ahli neraka tau…. menegur org pung pang sana sini… padahal diri sendiri ke laut

  5. fifi

    April 22, 2019 at 10:00 am

    Org bukan ckp psl sah x sah je Da’i wey, ko ni ckp belajar agama tp bangang. tgk muka tu pun rs nk lempang je aku tgk. ni kita nk komen psl benda yg lebih luas dari ceraikan isteri masa mengangdung. Ni nk ckp psl hak seorg isteri & tanggungjwb seorg suami selepas kawen. Bukan sedap buat anak je & buat bini mcm tempat lap kaki. Please, org2 mcm ni merosakkan pandangan org ttg agama islam. Islam x ajar suami utk mengabaikan isteri apatah lagi masa pregnant. Jgn jadi buta semata2 nk menangkan seorg lelaki yg “Da’i” or “PUN” what so ever gelaran korg dpt. Kalau salah katakan salah.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama