Usahawan dan juga penyanyi, Iqbal Zulkefli yang kini berada di Indonesia untuk urusan kerja baru-baru ini ada menyampaikan sedikit pesanan buat pengikut dan juga peminatnya yang berada di Malaysia.
Ujar bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu, dia ada memberi bantuan untuk mangsa terjejas banjir namun enggan terlalu menunjuk di media sosial.
Katanya lagi, dia lebih mengutamakan golongan yang memerlukan bantuan di depan matanya dahulu meskipun bukan di negeri sendiri kerana mereka juga manusia.
Ramai yang berkata kepada saya, rakyat Malaysia ramai yang susah, bantulah orang Malaysia.
Bantuan ke Malaysia, juga saya bagi cuma jangan memaksa saya untuk tunjukkan di media sosial. Ini privasi saya, jadi bagaimana dengan ribuan orang DM meminta bantuan, tetapi tidak dibantu?
Tambah Iqbal, ada individu dan pihak tertentu daripada Malaysia yang mengambil kesempatan dalam meminta bantuan dengan meminta perkara yang tidak munasabah.
Justeru itu, dia lebih selesa menghulurkan bantuan dengan tangan sendiri atau menerusi individu yang betul-betul dipercayai.
“Saya ada bantu cuma tidak ramai. Saya tidak menerima info yang jelas dan tidka mampu memeriksa satu persatu. Oleh kerana banyak juga yang tidak jujur, banyak juga yang meminta perkara yang bukan keperluan.” jelas Iqbal lagi yang kini mencari ketenangan di negara seberang itu.