Written by Bella | May 7th, 2019

Selepas beberapa kali putus cinta, pelakon Kamal Adli mengakui beliau tidak mahu terburu-buru untuk menjalinkan hubungan percintaan lagi dan kini lebih selesa hidup solo.

Secara jujurnya saya sedang belajar untuk hidup single. Saya tak cakap hidup sendirian lebih bagus, ia lebih kepada beri ruang buat diri sendiri. Sebelum ini, kalau putus dengan seseorang, saya terus sambung dengan orang lain dan tiada ruang untuk diri sendir.

Jadi sekarang apabila dah ada masa sendiri, baru saya dapat susun dan rancang semula apa yang saya nak capai dalam kehidupan.

Sekarang mungkin masa terbaik untuk saya fokus dalam bekerja. Kalau jodoh saya sampai, adalah. Saya tak nak sakitkan diri saya atau buat pasangan saya sakit hati. Nati mereka mula rasa saya tak serius.

Terdahulu, Kamal pernah bercinta bersama pelakon Intan Ladyana selama 6 tahun sebelum putus pada 2014. Kemudian, beliau menjalinkan hubungan dengan pelakon Emma Maembong, namun kedua-duanya tidak pernah mengakui sedang bercinta. Sekadar teman tapi mesra.

Terbaru, timbul desas-desus mengatakan mungkin bibit percintaan sudah mula berputik antara Kamal dan Uqasha Senrose sehingga wujud hashtag terbaru #Uqamal. Mereka dikatakan mula rapat dan mesra selepas bergandingan bersama dalam beberapa drama.

Sumber Berita : mStar Online

5 responses to Enggan Sakitkan Diri, Kamal Adli Lebih Selesa ‘Single’

  1. Insan19 says:

    Sy suka kamal dgn intan ladyana. Intan cantik dan tak hipokrit. Doa yg baik2

  2. redkebaya says:

    Tak abis2 la kau ni..
    boringggg

  3. norak says:

    ko kawin dgn neng yatimah je lah kamal oii…mak neng tak sakitkan hati ko…tak pun pergi merisik hashimah yon,,dia ada kat singapore skrg..

    • cuba try test says:

      kau ni tak habis-habis dengan neng yatimah. orang tu dah meninggal kot. cuba belajar hormat sikit.

  4. wilson says:

    si katik ni…selagi nk geli2, tak yh kawin, sma je dengan budak hidung besar tu