Enggan Sakitkan Diri, Kamal Adli Lebih Selesa ‘Single’

Hiburan

Enggan Sakitkan Diri, Kamal Adli Lebih Selesa ‘Single’

Selepas beberapa kali putus cinta, pelakon Kamal Adli mengakui beliau tidak mahu terburu-buru untuk menjalinkan hubungan percintaan lagi dan kini lebih selesa hidup solo.

Advertisement

Secara jujurnya saya sedang belajar untuk hidup single. Saya tak cakap hidup sendirian lebih bagus, ia lebih kepada beri ruang buat diri sendiri. Sebelum ini, kalau putus dengan seseorang, saya terus sambung dengan orang lain dan tiada ruang untuk diri sendir.

Jadi sekarang apabila dah ada masa sendiri, baru saya dapat susun dan rancang semula apa yang saya nak capai dalam kehidupan.

Sekarang mungkin masa terbaik untuk saya fokus dalam bekerja. Kalau jodoh saya sampai, adalah. Saya tak nak sakitkan diri saya atau buat pasangan saya sakit hati. Nati mereka mula rasa saya tak serius.

Terdahulu, Kamal pernah bercinta bersama pelakon Intan Ladyana selama 6 tahun sebelum putus pada 2014. Kemudian, beliau menjalinkan hubungan dengan pelakon Emma Maembong, namun kedua-duanya tidak pernah mengakui sedang bercinta. Sekadar teman tapi mesra.

Terbaru, timbul desas-desus mengatakan mungkin bibit percintaan sudah mula berputik antara Kamal dan Uqasha Senrose sehingga wujud hashtag terbaru #Uqamal. Mereka dikatakan mula rapat dan mesra selepas bergandingan bersama dalam beberapa drama.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...