Enggan Pulang Ke Asrama, Pelajar Tingkatan 1 MRSM Dilaporkan Hilang

Berita

Enggan Pulang Ke Asrama, Pelajar Tingkatan 1 MRSM Dilaporkan Hilang

Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan yang enggan pulang semula ke asrama dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan keluarga.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu, ibu mangsa menyedari kehilangannya kira-kira jam 4 petang semalam selepas mendapati anaknya tiada di bilik tidur.

Advertisement

Kata wanita berusia 41 tahun itu, sebelum kejadian, anaknya,  Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, masih berada di rumah itu sekitar jam 3.30 petang.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan.

MRSM Tun Abdul Razak

Tambah Wan Zahari, semakan awal mendapati remaja itu memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma ketika keluar dari rumahnya.

Selepas soal siasat pihak keluarga, mangsa didapati pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama sebelum ini kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

Dia juga didapati membawa bersama telefon bimbit milik adiknya, yang masih boleh dihubungi namun tiada sebarang jawapan. Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira RM200.

Ini adalah kali pertama remaja terbabit dilaporkan hilang dan polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat remaja itu diminta untuk memberi kerjasama dan menghubungi balai polis berhampiran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita Hilang Sejak 9 April Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM
2 days ago

Wanita Hilang Sejak 9 April Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...