Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Enggan Penonton Menyampah, Farah Nabilah Elak Babak Peluk

Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, pasti ada sesetengah pelakon yang tidak berani untuk meletakkan syarat ketika berlakon dan hanya mengikuti apa sahaja kata pengarah termasuklah melakonkan adegan yang agak terlampau sehingga mengundang kecaman daripada penonton.

Advertisement

Namun, pelakon Farah Nabilah mempunyai prinsip yang berbeza. Beliau mengakui tidak berminat untuk melakonkan babak berpelukan yang keterlaluan.

Farah mahu menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai pelakon selain bertujuan untuk menjaga hati penonton serta keluarganya.

Saya memang dari dulu menjaga batas diri apabila bekerja dengan pelakon gandingan. Malah ketika berlakon dengan Zul Ariffin sebelum ini, saya memberitahu enggan melakukan babak berpelukan.

Bagi saya, cukup sekadar bermain ‘eye contact’ dan menggunakan teknik kamera untuk menggambarkan sesuatu keadaan. Saya tidak mahu terlalu banyak babak bersentuhan kerana bimbang penonton ‘menyampah’.

Advertisement

Baguslah jika Farah berani untuk menyuarakan prinsipnya itu. Tidak perlu hendak berlakon aksi melampau semata-mata ingin menghidupkan sesuatu watak, apa yang penting adalah lakonan yang mantap daripada pelakon itu sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 Comments

  1. anon

    May 2, 2018 at 5:00 pm

    Kenapa lately Zul ripin bila bergambar nampak mcm dia angkat sikit muka dia, mcm arrogant je. Masa baru2 nak naik dulu nampak baik, skrg bila dah popular sikit nampak mcm berlagak je.

  2. Hanna

    May 2, 2018 at 3:48 pm

    Comel sungguh FN ni…..
    Dgn ZA mcm pinang dibelah dua …sweet sgt ….bergula ….

  3. bibik_cun

    May 2, 2018 at 3:47 pm

    adegan peluk dlm drama xnk. kalo real life mcm dlm gmbr ni boleh x?

  4. ntahlerr

    May 2, 2018 at 3:42 pm

    mcm menakutkan tgn yg di pinggang tu.

  5. Anonymous

    May 2, 2018 at 3:15 pm

    x peluk pun menyampah gak.. camne tu…?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama