Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, pasti ada sesetengah pelakon yang tidak berani untuk meletakkan syarat ketika berlakon dan hanya mengikuti apa sahaja kata pengarah termasuklah melakonkan adegan yang agak terlampau sehingga mengundang kecaman daripada penonton.
Namun, pelakon Farah Nabilah mempunyai prinsip yang berbeza. Beliau mengakui tidak berminat untuk melakonkan babak berpelukan yang keterlaluan.
Farah mahu menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai pelakon selain bertujuan untuk menjaga hati penonton serta keluarganya.
Saya memang dari dulu menjaga batas diri apabila bekerja dengan pelakon gandingan. Malah ketika berlakon dengan Zul Ariffin sebelum ini, saya memberitahu enggan melakukan babak berpelukan.
Bagi saya, cukup sekadar bermain ‘eye contact’ dan menggunakan teknik kamera untuk menggambarkan sesuatu keadaan. Saya tidak mahu terlalu banyak babak bersentuhan kerana bimbang penonton ‘menyampah’.
Baguslah jika Farah berani untuk menyuarakan prinsipnya itu. Tidak perlu hendak berlakon aksi melampau semata-mata ingin menghidupkan sesuatu watak, apa yang penting adalah lakonan yang mantap daripada pelakon itu sendiri.

Anonymous
May 3, 2018 at 11:03 am
ckp ikut sedap jer tu… lenkali jupe jul ripin lagi mulalah meleleh balik minta kene sentuh… giler tak dpt sentuhan jul ripin gagah perkasa katenyer…. dpt pelakon muka pecah baru lah tak nak kene sentuh berderet alasan
soyabean
May 3, 2018 at 1:31 am
besarnya hidung dia….
biar beradab
May 4, 2018 at 11:11 am
kutuk perangai tu logic kot sbb tu pilihan yg dia buat.., but bab hidung ni, tu kan Allah yg cipta. Ko kutuk ciptaan Allah, ko tau tak? ke tak tau? Ko hina ciptaan Tuhan!