Enggan Peminat Keliru Dengan Raja Afiq, Pelakon Raja Atiq Kini Dikenali Sebagai Atiq Azman

Hiburan

Enggan Peminat Keliru Dengan Raja Afiq, Pelakon Raja Atiq Kini Dikenali Sebagai Atiq Azman

Gara-gara pernah timbul kekeliruan pada sebuah poster promosi drama Nur di sebuah stesen radio dua tahun yang lalu, Raja Atiq telah membuat keputusan untuk menukar nama pentasnya kepada Atiq Azman.

Ini berikutan terdapat kekeliruan namanya dengan seorang lagi pelakon iaitu Raja Afiq yang pernah membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Advertisement

“Masih ramai lagi orang panggil saya Raja Atiq.. tak tahu kenapa. Sebab saya tukar stage name dari Raja Atiq kepada Atiq Azman sebab ramai yang keliru antara Raja Atiq dan Raja Afiq. Lebih kurang dua tahun lepas saya pergi ke sebuah stesen radio ni dan mereka letakkan gambar saya di sebuah poster tapi nama saya mereka letak Raja Afiq,”

Malah, menurutnya lagi, ada di antara mereka di luar sana yang menyangka dia dan Raja Afiq mempunyai hubungan persaudaraan dan pertalian darah.

Walau bagaimanapun, dia masih terbuka jika masih ada peminat yang mahu memanggilnya dengan nama Raja Atiq.

Ketika ditanyakan mengenai perkembangan terkini dalam bidang lakonan, Atiq meluahkan keinginan untuk membawa watak utama dalam sesebuah naskah drama namun dirinya sedar dia masih belum mampu dan layak diberi kepercayaan.

Atiq dalam pada itu lebih cenderung untuk memperbaiki cara lakonan pada ketika ini agar lebih mantap sebelum menerima mana-mana tawaran berlakon.

“Kalau ikutkan saya memang teringin nak bawa watak hero dalam mana-mana drama, tapi buat masa sekarang saya terima saja apa-apa tawaran yang saya dapat. Saya pun tak boleh demand. Tapi kalau boleh saya nak perbaiki balik cara lakonan saya, saya takkan terus terima mana-mana tawaran yang datang sebab takut nanti bila mula penggambaran, saya akan susahkan semua kru produksi. Jadi untuk mengelakkan benda tu terjadi, saya akan cakap saya belum bersedia,” – Atiq Azman

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...