Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pihaknya menunggu keputusan dari hasil perjumpaan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Ustaz Don Daniyal bagi tindakan seterusnya.
Tak ingin berbalah sesama Islam
Menurut Suhaimi, pihaknya akan mengambil maklum segala hal daripada pertemuan JAKIM bersama Ustaz Don. Dia juga memberitahu tindakan merehatkan penceramah itu atas dasar mengelakkan sebarang perbalahan sesama Muslim.
Sebab utama saya rehatkan Ustaz Don kerana enggan orang sesama Islam berbalah sebab itu bukan perkara yang baik.
Saya ada berjumpa Ustaz Don sehari selepas memuat naik isu tersebut dalam aplikasi X. Saya maklumkan kepadanya semua tindakan ini untuk redakan situasi dan dia memahami dan faham tentang posisi RTM.
View this post on Instagram
Program tetap berjalan lancar
Tambah Suhaimi lagi, situasi yang melibatkan Ustaz Don daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu tidak menganggu kelangsungan program tersebut.
Ketiadaan Ustaz Don pun tidak mengganggu kelancaran program dan tetap berjalan dengan lancar.
Setakat ini tiada sebarang isu penaja menarik diri dan sebagainya. Semuanya okay.
Sebelum ini, tular di aplikasi X hantaran yang mendakwa kisah Nabi Muhammad SAW yang diceritakan oleh Ustaz Don adalah tidak sahih. Susulan itu, muncul pelbagai perdebatan di media sosial hingga Don terpaksa direhatkan daripada menjadi hos.