Enggan Majlis Kahwin Dikecam, Uyaina Dan Raja Syahiran Ingin Stabilkan Ekonomi Sebelum Kahwin

Hiburan

Enggan Majlis Kahwin Dikecam, Uyaina Dan Raja Syahiran Ingin Stabilkan Ekonomi Sebelum Kahwin

Meskipun pada awalnya pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran ingin menamatkan zaman bujang secepat yang mungkin, kini pendirian itu berubah apabila mereka enggan terburu-buru dalam menyusun atur majlis perkahwinan hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain.

Ujar Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, dia memilih untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga bersama Uyaina.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)

Kata bekas peserta program Dansa Dan Sing ini lagi, dia memikirkan mengenai tanggungjawab dan tanggungan dirinya sebagai suami kelak dan juga sebagai anak kepada ibu bapanya.

 

“Saya nak siapkan fizikal, mental dang juga kewangan terlebih dahulu. Kami tak nak terburu-buru menyusun atur urusan perkahwinan ini atau hanya kerana mahu mendengar kata orang..”

Syahiran dalam pada itu turut mengaitkan situasi pandemik yang melanda negara sebagai satu hikmah buat dirinya dan Uyaina agar lebih memberi perhatian dan fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.

Katanya lagi, dia sebolehnya ingin mengelak daripada melaksanakan majlis perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana enggan dikecam dan dilanda masalah seperti yang berlaku dalam majlis selebriti sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)

“Kalau boleh nak elak isu sebagaimana yang terjadi dengan majlis Neelofa misalnya. Kerana bagi saya perkahwinan sepatutnya mendapat doa yang baik-baik daripada semua pihak. Tak mahulah kena kecam.”

Dia juga memberitahu media agar tidak perlu risau kerana tarikh kahwin pasti akan diumumkan kelak apabila sudah tetap waktunya nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)

Mengimbas kembali, Raja Syahiran telah meminang personaliti TV, Uyaina Arshad dalam sebuah majlis serba ringkas yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada November tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...