Konflik di antara anak sulung bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Mohd Zaiza Zainal Abidin bersama isterinya semakin melarat apabila dia didakwa telah meletakkan beberapa syarat terhadap Sofia (isteri) jika ingin bercerai.
Dedah Sofia, suaminya itu berkata dia tidak boleh menuntut nafkah idah, harta sepencarian, nafkah tertunggak serta perbelanjaan anak-anak jika mahu keluar dari perkahwinan itu.
Perkara itu dimaklumkan Suzur Sofia Smeth Jaya,32, kepada sebuah media baru-baru ini.
Syarat itu juga termasuklah saya tidak boleh menuntut nafkah anak-anak sekiranya kami bercerai.
Tambahnya lagi, proses pendamaian melalui Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa juga menemui jalan buntu apabila Zaiza enggan melepaskannya.
Katanya, Zaiza seolah-olah ingin menyiksa dirinya apabila memilih untuk memanjangkan kes tersebut selain meletakkan syarat yang tidak masuk akal.
Kalau hubungan ini tidak boleh diperbaiki, kenapa seksa saya? Lebih baik lepaskan sahaja. Saya nampak dia sengaja mahu lengahkan kes ini. Dia pun pernah cakap nak gantung saya tak bertali.
Sofia sebelum ini mendakwa dia telah dipukul suaminya itu dan berikutan peristiwa itu, dai akan memfailkan kes di mahkamah tidak lama sahaja lagi.
@sofiasmeth Muhammad Zaynedine Sulaiman & Seri Zayana
Insiden itu juga membuatkan dia berasa takut untuk berjumpa anak-anak kerana Zaiza perlu ada bersama memandangkan mereka di bawah jagaan suaminya.
Difahamkan, Zaiza ada membuat permohonan hadanah (hak penjagaan anak) sedangkan lelaki itu tidak mempunyai pendapatan yang tetap bagi menyara keluarga.
Sekadar info, Sofia dan Zaiza berkahwin pada 15 Januari 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.