Enggan Lakukan Hubungan Intim Hingga 10 Kali Sehari, Lelaki Ini Dipukul Isterinya Sendiri.

Trending

Enggan Lakukan Hubungan Intim Hingga 10 Kali Sehari, Lelaki Ini Dipukul Isterinya Sendiri.

Seorang lelaki mendakwa terpaksa menanggung derita selama dua tahun selepas diperlakukan seperti hamba seks oleh isterinya sendiri hingga sanggup merotannya apabila menolak melakukan hubungan intim yang ada kalanya sehingga 10 kali sehari.

Advertisement

Mangsa yang berusia 32 tahun itu tampil mendapatkan bantuan sebuah pertubuhan keselamatan komuniti dua minggu lalu selepas tidak tahan diperlukan sedemikian rupa.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah seorang pekerja kilang manakala isterinya pula seorang suri rumah.

Pasangan tersebut sudah berkahwin kira-kira lapan tahun lalu kini tinggal di Klang, Selangor.

Pengasas dan Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia (PKKM), Kuan Chee Heng berkata, lelaki itu berjumpa dengannya dua minggu lalu dan meminta bantuan selepas tidak sanggup menderita emosi dan fizikal selepas isterinya tiba-tiba berubah seperti orang gilakan seks sejak dua tahun lalu.

“Mangsa mendakwa dia akan diarahkan berlutut sebelum dirotan selepas menolak permintaan isterinya berusia 31 tahun untuk melakukan hubungan seks yang adakalanya sehingga 10 kali sehari.

“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kesan pukulan lama dan baharu pada punggung serta lain-lain anggota badannya,” ceritanya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...