Enggan Kongsi, Isteri ‘Terduduk’ Arwah Suami Letak Nama Ibu Mentua Sebagai Penama Untuk Duit KWSP Sebanyak RM400K

Kehidupan

Enggan Kongsi, Isteri ‘Terduduk’ Arwah Suami Letak Nama Ibu Mentua Sebagai Penama Untuk Duit KWSP Sebanyak RM400K

Baru-baru ini, di platform TikTok, tular luahan seorang wanita malang yang wajar dijadikan sebagai pengajaran buat orang ramai, melibatkan tentang isu penamaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Wang KWSP arwah suami ada RM400,00

Melalui hantaran tersebut, wanita tersebut sekelip mata menjadi ibu tunggal selepas kehilangan suami tercinta dan dikatakan, arwah meninggalkan wang KWSP sebanyak RM400,000 yang pastinya untuk menampung isteri serta anak-anak untuk tempoh tertentu.

Advertisement

kubur

Bagaimanapun, nasib malang menimpa wanita terbabit selepas hasratnya untuk mengeluarkan wang tersebut tidak kesampaian susulan pejabat urusan KWSP memaklumkan arwah suami meletakkan nama ibunya sebagai penama akaun berkenaan.

Ibu mentua enggang kongsi duit KWSP

Bagi menampung anak-anak, ibu tunggal itu menebalkan muka dan minta budi bicara agar wang simpanan itu dibahagikan mengikut faraid.

kwsp

Tetapi ibu mentuanya bersikap kejam kerana enggan berkongsikan duit ratusan ribu itu dan selepas itu, wanita terbabit mengetahui sebelum arwah meninggal, dia memang meletakkan nama ibunya sebagai penama, malah tidak pernah ubah.

beli motosikal baru
5 months ago

"Hanya Tinggal RM50 Untuk Makan" - Hobi T20, Lelaki 'Terduduk' Lepas Beli Motosikal BMW Harga Lebih RM100K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...