December 25th, 2019

Sering berkongsi momen manis dan kisah indah mengenai percintaannya dengan kekasih, Mr E, ramai juga yang tertanya-tanya bila agaknya pelakon Ruhainies dan cinta hatinya itu akan mendirikan rumah tangga?

ruhainies

Ada juga netizen yang menyindir Ruhainies apabila ada beberapa selebriti yang bercinta dalam diam selama bertahun lamanya sudah pun berkahwin, tanpa perlu terlalu mencanang mengenai percintaan mereka.

Namun, menurut Ruhainies soal jodoh, perkahwinan semuanya di tangan Allah SWT. Dia enggan berkahwin kerana desakan orang luar. Ruhainies juga tidak kisah dengan sindiran netizen terhadapnya.

ruhainies

Saya yakin setiap orang memiliki pendirian tersendiri. Begitu juga dengan saya, kalau nak kahwin biarlah bila sampai jodohnya.

Terus-terang, saya tidak akan buat keputusan nak berkahwin hanya disebabkan termakan desakan dan sindiran daripada orang luar. Kalau ada warganet yang berterusan nak mengata, saya tak ambil peduli pun selagi mereka tidak mencalar maruah saya dan keluarga.

ruhainiesTidak mengapalah, biarlah Ruhainies ‘enjoy’ dahulu saat-saat indah ketika bercinta. Doakan yang terbaik buatnya dan kekasih, semoga kekal bahagia selamanya dan ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro


13 responses to “Enggan Kahwin Kerana Desakan Orang Luar, Tidak Kisah Disindir Netizen – Ruhainies”

  1. Anonymous says:

    Kan… ?

  2. minah kepoh says:

    kalau nak tutup muka tu biar tak nampak terus..tu kan cermin nampak lar muka laki tu…adoiiii cik adik…baik ko tayang jer lar muka laki tu…

  3. unknown says:

    the truth is laki tu yg xmo kawen lg.. hg kalau boleh lani jugak nak kawen.. toksah dok mohong laaa

Loading...