Enggan Jumpa Rakan Dan Keluarga Sendiri, Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Mohon Maaf Jika Keterlaluan

Hiburan

Enggan Jumpa Rakan Dan Keluarga Sendiri, Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Mohon Maaf Jika Keterlaluan

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir tampil memohon maaf berikutan tindakan mereka berdua yang enggan bertemu keluarga serta rakan-rakan berikutan keadaan semasa pandemik ketika ini.

Ayda Jebat
3 years ago

Ayda Jebat Sibuk Jaga Anak, Berat Badan Susut Sampai 45 Kilogram

Advertisement

Ujar Ayda, dia dan Nabil masih belum bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja tambahan dengan penemuan varian baharu Omicron serta peningkatan kes daripada mereka yang merantau dari luar negara.

Namun, ujar penyanyi lagu Pencuri Hati ini, perasaan rindu untuk bertemu insan tersayang itu tetap ada tetapi apa yang lebih penting pada ketika ini ialah keselamatan dan juga kesihatan diri sendiri dan orang tersayang.

Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.

Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan.

Perkara tersebut dikongsikan Ayda menerusi sebuah hantaran di Instagram Story untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Dalam pada itu, Ayda juga meluahkan rasa terharu dengan sokongan kelab peminatnya iaitu AJSCREAMER dan berterima kasih kepada mereka yang memahami keadaan pada ketika ini.

Terdahulu, pasangan romantis ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September 2021.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...