Enggan Hantar Pesanan Depan Pintu, ‘Rider’ Hanya Tinggalkan Di ‘Level’ Bawah & Hina Pelanggan OKU – “Bapak Pemalas”

Kehidupan

Enggan Hantar Pesanan Depan Pintu, ‘Rider’ Hanya Tinggalkan Di ‘Level’ Bawah & Hina Pelanggan OKU – “Bapak Pemalas”

Tindakan seorang penghantar makanan atau rider yang bersikap biadap terhadap pelanggan berstatus OKU telah mengundang pelbagai kritikan.

Kisah itu dikongsi oleh seorang pengguna di Facebook GrabFood Rider Malaysia di mana dia mendedahkan pengalaman pelanggan OKU tersebut.

Advertisement

Difahamkan, pelanggan tersebut merupakan seorang OKU fizikal dan bergantung kepada kerusi roda. Dia merupakan pelanggan setiap GrabMart selama bertahun-tahun dan akan selalu membeli barang dari Lotus Bukit Indah Johor Bahru memandangkan itu pasar raya terdekat dengan rumhanya.

Selama ini, setiap rider akan menghantar barang hingga ke pintu rumah seperti yang dijanjikan oleh Grab dengan perkhidmatan ‘door-to-door’ yang jelas menyatakan penghantaran hingga ke depan pintu pelanggan.

GrabFood rider

Gambar hiasan

 

Tak ada call, mesej

Namun, petang Khamis lalu, rider yang sepatutnya menghantar barangannya tidak menghubungi pelanggan tersebut, tidak menelefon mahu pun menghantar mesej untuk memaklumkan status penghantaran.

Tiba-tiba, saya menerima mesej mengatakan barang diletakkan di bawah blok. Saya sudah memberikan maklumat mengenai nombor rumah, tingkat, dan blok dengan jelas.

Rider terbabit kemudian memberikan gambar menunjukkan barangan dipesan telah ditinggalkan di atas peti surat kediaman tingkat bawah dan terus pergi malah cubaan pelanggan itu menghubunginya juga gagal kerana tidak dijawab.

Keluhnya, dia kecewa kerana barangan dipesan tidak sampai ke tangannya sedangkan kediaman tersebut mempunyai lif jadi seharusnya rider terbabit boleh menghantar pesanan terus ke pintu rumah.

Rider tersebut kelihatan malas dan memilih cara yang mudah. Lebih menyakitkan hati, rider tersebut juga menghina saya sebagai OKU dan meragui keadaan saya.

bungkusan barang Lotus

Dia mungkin berfikir saya cuba menipu untuk mendapatkan penghantaran depan pintu, tetapi itu adalah jaminan dalam Terma Perkhidmatan Grab yang menyatakan penghantaran ‘door-to-door.

Dia kemudian terus membuat aduan kepada perkhidmatan pelanggan Grab dan turut menunjukkan bukti tangkap layar sebagai bukti perlakuan biadap rider itu.

Saya menerima bayaran balik penuh, tetapi prosesnya memerlukan masa yang agak lama dan menyusahkan. Saya terpaksa menunggu lebih daripada 1 hingga tiga hari bekerja untuk pengembalian wang, yang boleh mengambil masa sehingga 30 hari. Sementara itu, saya tidak dapat membeli barang dan menyelesaikan urusan harian saya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan ramai ahli kumpulan Facebook group terbabit mengkritik tindakan dan perlakuan biadap rider itu terhadap pelanggan OKU terbabit.

komen di Facebook komen di Facebook

Tidak kurang juga komen segelintir pihak yang mempersoal tentang semakin ramai rider yang bagi alasan atau liat untuk hantar pesanan ke depan pintu pelanggan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rider kerja 12 jam kena slip disc
3 months ago

Dulu Pulun Ambil ‘Order’ Sampai Dapat RM7,000 Sebulan Tapi Sekarang ‘Rider’ Ini Susah Dapat Kerja Lepas Disahkan ‘Slip Disc’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : VOCKET

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...