Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina, Kaki Dirantai Pada Tiang

Trending

Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina, Kaki Dirantai Pada Tiang

Gambar seorang murid perempuan dirantai di sebatang tiang lampu, telah tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.


Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Lagoon Perdana itu, mangsa ditemui dalam keadaan kanannya dirantai pada sebatang tiang lampu dan dikunci dengan selak besar bersama dengan beg sekolah dan sebotol air yang dibekalnya.

Advertisement

Menurut mangsa yang dipercayai berada di situ sejak tengah hari berkata, ibunya telah merantai kakinya kerana dia enggan menghadiri kelas Bahasa Cina.

Difahamkan, orang awam yang menemui mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang kemudian tiba di tempat kejadian membebaskan mangsa pada jam 7 petang.

Susulan kes itu juga, ibu kepada murid berkenaan telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sunway untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.