Baru-baru ini, tular satu berita mengenai kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dan suami, Engku Emran dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan perkahwinan ketika ini di fasa yang tidak stabil.
Oleh kerana merupakan bekas isteri kepada Engku Emran, selebriti Erra Fazira menjadi sasaran media bagi menjawab persoalan berkaitan dengan isu tersebut
Bagaimanapun, Erra sama sekali tidak tahu menahu krisis yang sedang melanda dan enggan ikut campur urusan rumah tangga bekas suaminya itu.
View this post on Instagram
Pelakon jelita memberitahu bahawa dirinya tidak mahu ikut campur krisis rumah tangga pasangan terbabit kerana tidak mahu anak perempuan, Engku Aleesya terganggu dengan cerita bapanya.
Apabila ditanya sama ada Aleesya pernah membuka mulut bercerita dengannya soal Engku Emran, Erra berkata anak perempuannya tidak pernah sekali pun bercerita apa-apa kepadanya.
Dalam kehidupan berumah tangga, saya percaya tiada siapa yang mahukan perceraian. Tapi kalau bercerai juga, mungkin ada masalah yang tidak boleh dibendung lagi.
Sekadar info, Erra Fazira dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2007 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Engku Aleesya, 13.