Enggan Ceraikan, Netizen Dakwa Aliff Aziz Sengaja Mahu Seksa Mental Bella – “Dah Takde Hati Tu Lepaskan Jela”

Trending

Enggan Ceraikan, Netizen Dakwa Aliff Aziz Sengaja Mahu Seksa Mental Bella – “Dah Takde Hati Tu Lepaskan Jela”

Keputusan penyanyi Aliff Aziz untuk tidak menceraikan isterinya, Bella Astillah meraih perhatian dan mengundang pelbagai kritikan daripada masyarakat.

Menerusi satu hantaran di media sosial, ramai yang meninggalkan komen dan pendapat masing-masing berkenaan keputusan Aliff Aziz itu.

Advertisement

ibu aliff aziz
9 months ago

Jadi Sasaran Kecaman Warganet, Ibu Aliff Aziz Enggan Baca Komen Negatif - "Konon Je, Walhal Kamu Kutuk Menantu"

 

Saja nak seksa mental Bella?

Rata-ratanya menghentam Aliff terutamanya alasan di sebalik keputusan dia enggan melepaskan Bella iaitu kerana masih menyayangi aktres berkenaan.

Ia tidak selari dengan perbuatannya yang curang sebanyak 11 kali termasuklah dengan adik kandung Bella sendiri apatah lagi dia pernah mengakui tiada perasaan dan sudah merancang mahu bercerai.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendakwa Aliff tidak menceraikan Bella kerana sengaja mahu menyeksa mental pelakon berusia 30 tahun itu.

 

Takut tak ada job ke?

Dalam pada itu, ramai yang turut menyebut tentang sikap ibu Aliff dan mengkritik wanita berkenaan kerana apa yang dilakukannya terhadap menantunya sendiri.

Sesetengah individu menyindir Aliff enggan melafazkan cerai kerana takut nama baiknya tercalar dan tiada peluang pekerjaan diterima dalam industri hiburan di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...