Pelakon, Muntazar Ghufran enggan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai isunya bersama bekas tunang iaitu Saidah Kamarudin.
Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, Muntazar berkata dia lebih memilih untuk mendiamkan diri sebagai jalan terbaik untuk menangani kontroversi yang melanda dirinya dan belas tunangnya.
Saya bukan tak nak interview, saya rasa better diam je bagus.
Bukan nak besarkan keadaan tapi soal maruah, saya ada maruah saya.
Jelas Muntazar, dia yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan menganggap tiada jodoh antara dirinya dan Saidah.
Saya anggap takde jodoh dan saya dah move on.
Ada sebab kenapa Allah jauhkan.
Doakan saya sentiasa buat baik dan berjaya dunia dan akhirat.
Sebelum ini, Saidah mendedahkan pertunangan mereka dibatalkan selepas merasa diri ditipu apabila Muntazar tidak berlaku jujur mengenai tahap kewangannya.