Amboi Che Ta nie agak kelakar juga orangnya. Walaupun sudah mencecah usia 42 tahun, Rozita Che Wan mahukan sekurang-kurangnya seorang anak apabila berkahwin dengan Zain Saidin. Tergelak kecil Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Che Ta.
Yang penting, Rozita Che Wan enggan bertunang kerana merasakan dirinya dan Zain sudah saling mengenali antara satu sama lain. Kata Che Ta:-
Bagi saya, bertunang adalah satu tempoh atau proses untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Kami dah kenal lama, jadi saya rasa kami tak perlu bertunang. Saya juga tidak kisah jika majlis kami tidak dibuat secara besar-besaran, asalkan ia berlangsung dengan penuh meriah. Jika kami berkahwin nanti, sekurang-kurangnya saya mahukan seorang lagi anak bersama Zain, al-maklumlah siapa tak nak anak kacukan.
Pastinya cahaya mata hasil perkahwinan Che Ta dan Zain nanti akan secomel emak dan ayahnya. Tak sabar pula nak tahu bila tarikh perkahwinan mereka. Khabarnya Che Ta akan buat satu sidang media untuk mengumumkan hari bersejarahnbya. Sama-samalah kita nantikan. Info asal MalaysianDigest.