“Enggan Bersuara Tentang Palestin, Apa Hukumnya? – Ini Penjelasan Agamawan

Berita

“Enggan Bersuara Tentang Palestin, Apa Hukumnya? – Ini Penjelasan Agamawan

Sejak hujung 2023, konflik antara Israel dan Hamas telah meragut lebih 65,000 nyawa rakyat Palestin, manakala lebih 167,000 lagi cedera. Walaupun hampir dua tahun berlalu, pencerobohan Israel masih berterusan termasuk menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan dari luar.

Situasi ini mengundang kebimbangan global, termasuk rakyat Malaysia yang semakin sedar pentingnya solidariti bersama Palestin.

Advertisement

Pendakwah bebas, PU Syed (Syed Mohd Bakri Syed Ishak) menegaskan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk sentiasa berdiri bersama Palestin sama ada melalui doa, sokongan moral, atau usaha menyebarkan kesedaran tentang kekejaman Zionis.

palestinSumber : Getty Images  

palestin

“Palestin ialah bumi para nabi dan lokasi Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Ia tempat suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Rasulullah SAW bersabda, sesiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat,” katanya.

Menurut PU Syed, sikap tidak peduli terhadap Palestin adalah berdosa, kerana umat Islam diibaratkan satu tubuh – jika satu bahagian sakit, seluruh tubuh turut merasa.

Beliau turut mengingatkan bahawa solidariti hari ini harus dizahirkan secara terbuka, antaranya dengan memboikot produk pro-Zionis serta terus menyebarkan kesedaran bahawa isu Palestin bukan sekadar konflik politik, tetapi pertembungan agama dan kemanusiaan.

“Jangan jadi manusia sombong yang hanya memikirkan diri sendiri. Ingat, nasib kita boleh berubah bila-bila masa,” tegasnya.

2025-10-03 00:18:08

Wisma Putra Sahkan 23 Rakyat Malaysia Ditahan Isra*l Selamat, Akan Dibawa Pulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...