May 11th, 2015

Pelik sungguh dunia zaman sekarang ini. Apabila ada lelaki yang enggan menyentuh wanita bukan mahram, perkara tersebut pula yang menjadi isu dan dipandang dipelik. Sedangkan ia adalah satu tuntutan dalam Islam. Kesian sebenarnya menjadi Izzue Islam yang cuba mengelak diri daripada melakukan perbuatan berdosa. Selaku seorang pelakon, sememangnya ada babak bersentuhan dengan pelakon wanita lain, namun Izzue Islam mengambil keputusan untuk meletakkan syarat tidak melakukan babak tersebut di dalam mana-mana drama atau filem lakonannya.

izzue islam

Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam dengan majoriti penduduk beragama Islam, perbuatan Izzue Islam ini disokong dan mendapat sokongan ramai. Sayangnya ia menjadi satu perkara yang menjengkelkan bagi sesetengah pihak sehingga Izzue dituduh berlagak alim. Kata Izzue Islam:-

Saya tidak memilih watak tetapi meletakkan syarat terhadap sesuatu watak yang ditawarkan kerana ia adalah untuk kebaikan serta menjaga adab lelaki dan perempuan. Sebelum menerima sebarang tawaran saya akan berbincang dahulu bersama pengarah supaya tidak melakukan adegan berpegangan tangan atau ‘body contact’ sebaliknya ia ditukar dengan cara lain.

izzue islam

Banyak lagi cara lain untuk menyerlahkan sifat romantik atau penyayang di dalam sebuah lakonan. Tak perlu nak pegang sana-sini pun. Buat Izzue Islam, teruskan dengan pendirian anda. Abang Nara yakin ramai peminat yang menyokong tindakan anda ini. Buat para pengarah, mungkin sudah tiba masa untuk anda cuba menjadi lebih kreatif dalam menghidupkan drama/filem lakonan anda. Abang Nara percaya pada masa akan datang lebih ramai pelakon lelaki serta wanita yang akan mempunyai kesedaran sebegini. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...