‘Enggan Beri Risiko Kepada Petugas Media’ – Ismail Sabri Buat Ujian Covid-19, PM Jalani Kuarantin Kendiri

COVID-19

‘Enggan Beri Risiko Kepada Petugas Media’ – Ismail Sabri Buat Ujian Covid-19, PM Jalani Kuarantin Kendiri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dikatakan telah melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Memetik laporan Harian Metro, Ismail tampil membatalkan sidang media semalam selepas mendapat tahu mengenai keadaan Dr Zulkifli yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Advertisement

Larangan Rentas Daerah Di Sabah

Menurut beliau, selain mempunyai kontak rapat dengan Menteri Hal Ehwal Agama itu, pembatalan sidang media itu dilaksanakan kerana enggan memberi risiko kepada petugas media.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini. Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan Covid-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) zon Kota Kinabalu, termasuk Penampang dan Putatan,” katanya.

Disoal mengenai ujian saringan yang dilakukannya semalam, Ismail memaklumkan keputusannya dijangka diketahui hari ini. Malah tidak ketinggalan berharap agar keputusannya negatif.

Selain Ismail, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjalani kuarantin kendiri dan menjalankan tugas dari rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan Dr Zulkifli.

Untuk rekod, kesemua mereka dipercayai hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lalu yang dipengerusikan Muhyiddin. Selain itu, beberapa anggota kabinet dan pemimpin agensi kerajaan juga difahamkan turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...