Enggan membebankan kedua ibu bapanya, graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini melakukan lima kerja untuk mencari wang menyara dirinya sepanjang pengajian.
Muhammad Afig Iskandar Adrel, 24, berkongsi pengalaman sukarnya ketika itu yang membuat lima kerja sambilan termasuklah menjadi peniaga burger, penghantar makanan, peniaga nasi ayam, pekerja separuh masa di Secret Recipe, Boost Juice dan juga staf banquet hotel.
Sepanjang pengajian, saya ditaja oleh JPA, keluarga berpendapatan sederhana bapa bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, pembantu gerai makan.
Tambah Afig, dengan bantuan pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM, dia berjaya membuka gerai burger yang banyak membantunya serba sedikit dan dapat meraih pendapatan.
Cerita Afig lagi, dia sudah terbiasa hidup susah dan sepanjang pengajian dia tidak pernah meminta duit daripada keluarga sebaliknya mengambil inisiatif untuk mencari wang sendiri.
Pengalaman itu buat saya sedar bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi susah, saya bangkit dari kepahitan tersebut, demi mengubah masa depan keluarga.
Di kala saya rasa ingin mengalah, namun saya tetap teguh, saya hanya membayangkan wajah emak dan ayah, mengingatkan wajah mereka, segala penat lelah tiada makna pada saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.