Enggan Bawa Anak Dapatkan Rawatan Di Hospital, Murid Tahun 6 Meninggal Dunia Selepas 8 Jam Kemalangan

Hiburan

Enggan Bawa Anak Dapatkan Rawatan Di Hospital, Murid Tahun 6 Meninggal Dunia Selepas 8 Jam Kemalangan

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tidak mendapatkan rawatan segera akibat kemalangan di Jalan Get dekat Paloh pada malam semalam.

Menurut Berita Harian, murid Tahun Enam tersebut meninggal dunia pukul 9 malam ketika sedang berehat di rumah di Johor Bahru selepas lapan jam terlibat dalam nahas berkenaan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kematian Muhammad Harith Isyraf Yuzaini,12, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah adalah akibat kecederaan dalaman di bahagian perut.

 Jalan Get Paloh, Johor

Tambahnya, laporan polis telah dibuat bapanya pada waktu petang dan menurutnya mangsa menunggang motosikal dan terlibat nahas ketika keluar rumah untuk ke sebuah kedai di Jalan Get, Paloh.

Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarga bertandang ke rumah bapa saudara di Jalan Tengah, Paloh untuk ziarah kematian.

Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan. Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang.

motosikal murid tahun enam kemalangan

Mangsa kemudian dibawa ke klinik swasta di Gelang Patah untuk mendapatkan rawatan dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya membawa mangsa pulang ke rumah.

Bahrin berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pesakit meninggal dunia tak terima rawatan doktor terlena
2025-07-31 11:57:52

Doktor Pelatih Terlena Ketika Bertugas Didakwa Punca Pesakit Terbiar Tidak Dirawat Hingga Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...