Bedah laparoscopy banyak membantu untuk mengatasi masalah ketidak suburan Dan keguguran. Makin ramai wanita dilanda penyakit endometriosis.
Mungkin sebab terlalu kuat tekanan mental, emosi dan juga fizikal.
Disamping itu pemakanan tidak seimbangan, kurang berkhasiat dan berzat, kurang sayur2 dan buahan.
Hari khamis lepas, enam orang pesakit jalani bedah laparoscopy, lima didapati mengidap endometriosis dari stage 1 hingga stage 4.
Perlu di ingat penyakit endometriosis tidak berkesudahan dan terus merosak peranakkan.
Lepas bedah sangat penting mengawal pemakanan, buat exercise, tenangkan minda, kawal stress, makan vitamins dan terus berdoa agar mudah hamil.
Sangat penting tidak terlalu ghairah nak buat rawatan saperti iui dan IVF. Tunggu dengan sabar dan lapang fikiran. Harapan agar kehamilan berlaku secara spontan.
Biasa saya nasihatkan pesakit2 tunggu selama satu tahun sebelum buat iui atau IVF.
Bertenang dan lapangkan fikiran sangat penting bagi peroses baik pulih atau healing. Bolih lakukan urut traditional, bekam atau acupuncture untuk bantu pemulihan dan kurangkan stress.
Lakukan jalan kaki atau exercise 30 minit setiap Hari.
Pergi cuti, bersiar2, melancung khususnya bila dalam waktu subur.
Klinik YJN ada khidmat physiotherapy.
http://www.jabalnur.net/376648671
Amalkan minum juz lemon, limau nipis campur madu setiap pagi.
Gunakan halia, kunyit, bawang dalam makanan. Makan multivitamin, vit C 1 gm, vit E 400 iu, Dan fish oil 1 gm setiap Hari.
Sumber : Dr Hamid Arshat