Ending Drama Tahajjud Cinta Mengecewakan?

Hiburan

Ending Drama Tahajjud Cinta Mengecewakan?

Akhirnya tamatlah sudah drama Tahajjud Cinta yang menjadi kegilaan ramai. Abang Nara baru habis tengok sebentar tadi menggunakan Astro B.yond PVR. Beria Abang Nara tengok sebab ada pembaca yang menghantar email menyatakan yang ending drama ini agak mengecewakan.

tahajjud cinta

Advertisement

Berikut ialah email yang diterima:-

assalamualaikum, saya tulis sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati dengan pengakhiran cerita Tahajjud Cinta di TV3. Tak kan cerita permulaan yang sangat hebat berakhir macam itu sahaja. Saya percaya ramai yang tidak berpuashati dengan ending cerita tersebut dan saya rasa tak patut erma fatima buat ia tergantung. Pasti penonton mahu tahu apa yang terjadi pada Ustaz Shauki (yang serius saya rasa mencabar emosi penonton dengan hadis2 dan ayat quran dalam setiap kata2nya). Juga isteri2nya, anaknya solah, pada Seri. Hm, entahlah. Mungkin Erma Fatima puas hati dengan hasil kerjanya. Tetapi hati penonton? Harap2lah lepas ni jangan ada cerita hebat yang tergantung macam tu je. Kita yang stress.. Apa pendapat abang Nara?

Pendapat Abang Nara ialah drama ini sebenarnya realiti kehidupan kita sekarang. Terlalu taksub kepada pemimpin sampai pemimpin buat salah pun tak ada orang berani tegur. Dan sudah tentu kita pun sedar dengan betapa ramainya manusia zaman sekarang yang berlagak alim semata-mata untuk keuntungan diri sendiri. Tapi kesimpulan yang paling bagus Abang Nara dapat buat daripada drama ini ialah, “kerana wanita, sehebat mana pun lelaki pun boleh jatuh tewas“.

Apa pulak pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...