October 29th, 2009

aifashla juraimi

Perhatian kepada encik-encik polis traffik di luar sana, sila perhatikan kereta Honda Civic berwarna biru milik Adifashla Juraimi, deejay radio Era. Teknik pemanduan dia sangat membahayakan pemandu lain dan boleh menyebabkan kemalangan. Teknik pemanduan Adifashla yang paling bahaya ialah mengambil gambar kereta orang lain semasa tengah memandu. Di bawah ialah kenyataan daripada sebuah suratkhabar yang boleh dijadikan bukti kecuaiannya:-

[note]Sambil melihat pemandu di sebelah, ada beberapa ketika Adi sempat mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit kalau ada kereta berdekatan, yang memang amat diminati. Begitu nakal sekali perangai Adi yang bergelar pemandu ini sampaikan dia sibuk ingin mengambil foto kereta lain walaupun sedang memegang stereng![/note]

Kawan kami sendiri pernah disaman oleh pihak polis kerana memandu sambil menghisap rokok. Alasan yang diberikan ialah tak boleh memandu dengan sebelah tangan. Kalau bawak kereta sambil hisap rokok pun dah disaman, inikan pulak memandu sambil menangkap gambar? Bukan wajar disaman je nie, kami cadangkan agar lesen memandu si Adi ini digantung!!!

Satu lagi rutin memandu si Adi ini ialah suka memandang ke kiri dan ke kanan sampai kadang-kadang termasuk ke lorong orang lain. Memang membahayakan dan menyusahkan orang lain. Sila baiki mutu pemanduan anda. Bawak kereta pandang depan ye. Jangan pandang kiri kanan. Kang eksiden rosak pulak kereta Civic baru anda tue.

Buat pemandu-pemandu lain, sila jangan contohi teknik memandu si Adi nie. Selari dengan motto kami “Bergosip Secara Berhemah”, memandu jugak perlu secara berhemah dan tak menyusahkan orang lain. Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan oleh Sekolah Memandu BeautifulNara.


Comments are closed.

Loading...