Enam Tertuduh Kes Zulfarhan Dijangka Keluar Penjara Berbaki 4 Tahun Lagi – Peguam

Berita

Enam Tertuduh Kes Zulfarhan Dijangka Keluar Penjara Berbaki 4 Tahun Lagi – Peguam

Peguam Datuk Seri M Ramachelvam, memetik Astro Awani memaklumkan kesemua 6 tertuduh kes bunuh kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijangka selesai menjalani hukuman penjara berbaki empat tahun sahaja lagi.

Ramachelvam yang mewakili perayu ke-4, Muhammad Afif,28, berkata semua bekas pelajar UPNM itu sepatutnya menjalani hukuman penjara 18 tahun namun dikurangkan kepada 12 tahun jika berkelakuan baik.

Advertisement

Kesemua mereka telah dipenjara sejak tahun 2017 sekaligus mempunyai baki empat tahun sahaja lagi bagi menyelesaikan hukuman tersebut.

Mereka insaf dan mengaku tidak sengaja melakukan kesalahan berkenaan sehingga membawa kepada kematian Zulfarhan. Ini merupakan pengalaman pahit buat mereka, namun mereka menyesal dengan perkara yang berlaku.

Mereka juga sangat malu dengan perbuatan sendiri kerana menyebabkan kematian arwah lapan tahun lalu.

Menurut Ramachelvam lagi, ibu bapa anak guamnya itu juga telah memohon maaf kepada keluarga Zulfarhan di atas tragedi tersebut.

Dia juga menzahirkan harapan agar anak guamnnya itu diberikan peluang untuk memulakan kehidupan yang baru selain menyumbang kepada masyarakat.

enam tertuduh keluar penjara 4 tahun lagi zulfarhan

Pada Jumaat, enam bekas pelajar UPNM yang sebelum ini dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh tanpa niat Zulfarhan Osman lapan tahun lalu mendapat kelegaan apabila Mahkamah Persekutuan di sini memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara selama 18 tahun.

Mereka terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim, selepas mengetepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2021.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pembunuh zulfarhan lepas hukuman mati
21 hours ago

Kes Bunuh Zulfarhan: Mahkamah Persekutuan Ketepikan Hukuman Mati 6 Bekas Pelajar UPNM, Penjara 18 Tahun Kekal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...