Enam Tahun Berlalu, Pemiutang Terpaksa Solat Depan Pagar Tagih Hutang

Dunia

Enam Tahun Berlalu, Pemiutang Terpaksa Solat Depan Pagar Tagih Hutang

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut!

Kisah seorang wanita di Indonesia yang memilih cara luar biasa menagih hutang tular apabila dia menunaikan solat di depan pagar rumah penghutang.

Advertisement

Video berkenaan tular di TikTok oleh rakannya yang memberitahu sudah enam tahun pemiutang meminta wangnya dikembalikan.

“Ini sahabat saya, sudah enam tahun menuntut hutangnya dibayar tetapi tidak dilayan oleh orang yang berhutang”.

“Apabila sahabat saya datang ke rumah, individu berhutang itu enggan keluar sehingga dia kehabisan cara kecuali solat di hadapan pagar rumah”.

Video itu jelas menunjukkan wanita itu memakai telekung solat dan menghamparkan sejadah di depan pagar untuk menunaikan solat.

Warga maya turut meninggalkan komen sedih dan bersimpati kepada wanita terbabit.

“Kasihan, tagih wang sendiri sampai perlu solat di hadapan rumah orang berhutang. Semoga doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan”.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...