Enam Tahun Berkahwin, Baru Sedar Isteri Adalah Bekas Ibu Tiri

Dunia

Enam Tahun Berkahwin, Baru Sedar Isteri Adalah Bekas Ibu Tiri

Seorang lelaki di negara Arab Saudi terpaksa menceraikan isteri yang dinikahinya selama enam tahun selepas mendapat tahu wanita itu  adalah bekas ibu tirinya

Lelaki itu yang enggan dikenali identiti mendakwa dia tidak pernah membawa isterinya itu berjumpa dengan kedua orang tuanya di rumah.

Advertisement

Minum air kencing
2 years ago

Tips Perut Kempis Dan Kulit Cantik, Bekas Model Versace Ini Amalkan Minum Air Kencing Setiap Hari

Namun, segalanya terbongkar apabila dia membawa isteri bertemu dengan kedua ibu-bapa dan rupa-rupanya, orang rumah lelaki tersebut pernah bernikah secara misyar dengan wanita tersebut.

Bapa lelaki itu yang terperanjat melihat bekas isteri kini telah menjadi isteri anaknya terpaksa berterus-terang mengenai perkahwinannya dengan wanita berkenaan pada 10 tahun lalu secara hukum misyar dan telah pun berpisah.

Kahwini ibu tiriSumber : Google  

Sehubungan dengan itu, Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq memaklumkan bahawa lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui perkara tersebut meskipun sudah mempunyai seorang anak lelaki.

Menurut laporan akhbar Gulf News, fatwa menuntut agar lelaki tersebut menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut adalah tidak sah namun anak mereka diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Sekadar info, perkahwinan misyar adalah sebuah perkahwinan yang dilaksanakan semata-mata untuk memenuhi tuntutan batin suami dan si isteri tidak boleh menuntut sebarang hak.

Misyar menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...