Enam Petunjuk Ini Bakal Diambil Kira Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan

COVID-19

Enam Petunjuk Ini Bakal Diambil Kira Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan

Seperti sedia maklum, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan sehingga negara mencapai tahap yang memuaskan. Pun begitu, terdapat beberapa faktor yang bakal diambil kira sebelum keputusan merentas negeri dilakukan.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira enam petunjuk bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, enam petunjuk berkenaan adalah situasi kes positif harian iaitu kes sembuh dan discaj, trend dan kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) dan situasi semasa petugas kesihatan.

Rentas Negeri

Beliau berkata, pihaknya sudah membentangkan petunjuk itu kepada kerajaan dan berharap ia dapat dipenuhi terlebih dahulu sebelum kebenaran rentas negeri dibenarkan.

“Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri,” katanya pada sidang akhbar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), hari ini.

Adham berkata, kementerian juga bersetuju dengan pandangan pakar kesihatan supaya perjalanan rentas negeri diberikan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan itu sebelum sebarang keputusan dikeluarkan bagi memastikan ia tidak mencetuskan jangkitan baharu.

Covid-19

Gambar Hiasan

“Kita juga sedang meneliti pandangan mereka iaitu pakar kesihatan awam”

“Insya-Allah, perkara ini akan dibawa kepada kerajaan bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan rentas negeri,” katanya. 

Semoga ada sinar buat kita semua pulang ke kampung dan berjumpa keluarga tercinta.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...