Penyanyi yang tidak asing lagi, Yuna menyinar dengan enam pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) 19.
Yuna tercalon untuk Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo Of You) Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).
Mengekori beliau ialah Jaclyn Victor, dengan lima pencalonan. Jaclyn mendapat dua pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Counting Days dan Jagalah Diri), dua lagi unuk Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan satu untuk Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).
Pelakon West End dan penyanyi Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan, untuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik and Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu untuk Bertemu Di Syurga.
Yuna, Jaclyn dan Stephen tidak hadir di majlis pengumuman kerana komitmen lain, tetapi  penyanyi yang hadir iaitu Shila Amzah telah menerima dua pencalonan AIM 19. Kata Shila:-
Tahun ini rasanya seperti tahun untuk saya. Selepas menang Asian Wave, saya pulang dan  telah dicalonkan untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik untuk Patah Seribu. Apa yang istimewa ialah saya telah menulis sendiri lagu tersebut. Ia lagu yang sedih, tetapi bukan menceritakan tentang saya.
465 pencalonan telah diumumkan untuk AIM tahun ini dan 80 calon telah dipilih. Juri terdiri dari 57 orang pencipta lagu dan penerbit yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan.
Penyanyi Stacy, yang dicalonkan untuk  Album Terbaik untuk lagu dance-pop Stay-C dan Video Muzik Terbaik untuk Pelangi Senja, turut hadir di majlis itu. Rasanya belum terlewat untuk memaparkan video Stacy, Pelangi Senja di sini:-
Raja minah jambu 24jam mengadap computer
October 6, 2012 at 11:33 pm
yuna ni kalau tk pakai tudong pon lagi bagos lah ! tk bekenan betol minah jambu tengok pesen tudong dia ni macm tudong space eeeeeeeeee apeeeeeee pesen tudong dia ni eeeeeeeeeee…..
lola
October 7, 2012 at 12:58 pm
ceteknya akal..
antarabangsa lah sangatttt
October 6, 2012 at 8:09 pm
Juri tahun ni bijak msikit banding juri yg lalu..baru sedar yuna punya okal mcm mana..cipta lagu mgkn ok lah kot..lagu yg ringan dan bersahaja..tk perlu tarik
tinggi,,,banyak pencalonan pun lebih kepada teknikal tak guna juga tapi mgkn di US sana Yuna lebih diterima..mcm ala Norah Jones..tgk lah kemana perginya Norah Jones skrg…vokal mantap juga yg bertahan lama…
KBai
October 6, 2012 at 10:45 pm
Vokal terbaek Yuna tak layak; suara cam kentut sembelit. Kbai
Panas
October 6, 2012 at 8:07 pm
tengok muka Yuna rasa cam nak tampar pun ada..tak tahu kenapa..
DoloresTudungSiput
October 6, 2012 at 6:02 pm
Yuna yuna, nanti jangan pakai tudung unta lagi ya….ahakz!
I Dont Understand
October 6, 2012 at 5:43 pm
please la, x de suara la dia ni. aku pun x paham kenapa orang promote dia giler2