Enam Pelancong Maut Dalam Suite Hotel Di Bangkok: Apa Sebenarnya Jadi? – “Polis Jumpa ‘Cyanide’ Dalam Minuman”

Trending

Enam Pelancong Maut Dalam Suite Hotel Di Bangkok: Apa Sebenarnya Jadi? – “Polis Jumpa ‘Cyanide’ Dalam Minuman”

Gempar di negara jiran, Thailand selepas enam pelancong ditemukan maut di dalam suite hotel mewah Grand Hyatt Erawan, Bangkok.

Keenam-enam mangsa ditemui pada jam 4.30 petang dan polis mengesahkan mereka telah meninggal dunia dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Advertisement

Mangsa merupakan tiga lelaki dan tiga wanita yang merupakan warga Vietnam dan ada di antara mereka mempunyai dua kewarganegaraan Amerika.

Pihak berkuasa menafikan berlakunya kejadian tembakan rawak seperti dilaporkan media tempatan kerana tiada bukti tembakan di tempat kejadian.

kes pelancong maut bangkok

 

Ini adalah kronologi dan maklumat tentang kejadian itu seperti dilaporkan media:

 

16 Julai

  • Polis mengesyaki enam mangsa mati akibat keracunan iaitu pembunuhan, bukan bunuh diri. Pihak polis mencari motif.
  • Menurut rekod, tujuh orang telah menempah untuk menginap namun hanya lima yang mendaftar masuk.

mangsa kes bunuh cyanide bangkok

  • Seorang kini masih belum dapat dikesan.
  • Salah seorang mangsa dilaporkan tidak sepadan dengan rekod pihak hotel.

kes pelancong maut bangkok

 

17 Julai

  • Polis menemukan racun jenis sianida di dalam cawan dan teko teh yang dipesan pada jam 2 petang, Isnin.
  • Makanan yang mereka pesan tidak disentuh lagi.

kes pelancong maut bangkok

kes pelancong maut bangkok

  • Seorang yang tidak mendaftar masuk adalah ahli keluarga salah seorang mangsa yang telah pulang pada 10 Julai.
  • Polis berkata salah seorang daripada enam mangsa merupakan suspek pembunuhan.
  • Soal siasat bersama keluarga si mati mendedahkan kumpulan itu bertengkar akibat hutang.
  • Pihak penyiasat berkata motif mungkin disebabkan konflik di antara kesemua mangsa berkaitan pelaburan berjuta-juta (Baht).

kes pelancong maut bangkok

wajah suspek bunuh nur farah kartini
1 month ago

“Inilah Farah Yang Saya C*kik Sampai Lemas” - Tular Laporan Kes Nur Farah Kartini, Gambar Suspek Kini Tersebar Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sky News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...