Enam Naskhah Teater Bakal Berentap Untuk Gelaran Juara Festival Teater Malaysia 2012

Enam Naskhah Teater Bakal Berentap Untuk Gelaran Juara Festival Teater Malaysia 2012

Festival Teater Malaysia 2012 yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bakal berlangsung pada 29 September hingga 6 Oktober ini bertempat di Auditorium Bandaraya, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Festival ini bakal mempertandingkan enam buah naskhah teater yang telah terpilih ke peringkat akhir bagi merebut gelaran Juara Festival Teater Malaysia 2012.

Enam naskhah teater yang telah terpilih ke peringkat akhir ialah Perhiasan Kaca oleh Badan Kebudayaan dan Warisan P. Ramlee dari Pulau Pinang, Buai yang bakal dipentaskan oleh Majlis Teater Negeri Selangor mewakili negeri Selangor, Mencari RICKA akan dipentaskan oleh Grup Teater LAB dari negeri Sabah, teater berjudul Janin akan dipentaskan oleh Universiti Teknologi Tun Hussein Onn mewakili negeri Johor, dan teater bertajuk Kebayan akan dipentaskan Kelab Estetika Budaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka mewakili negeri Pahang. Persatuan Penggerak Warisan Budaya Negeri Kedah pula akan mementaskan naskhah teater berjudul Pelantaq.

Jadual pementasan ialah seperti berikut:-

Hadiah bagi pertandingan ini ialah hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil untuk johan. Bagi naib johan, akan menerima hadiah wang tunai RM 10,000,  piala iringan dan sijil. Tempat ketiga pula mendapat hadiah wang tunai RM 8,000, piala iringan dan sijil.  Terdapat juga hadiah khusus untuk Pengarah Terbaik iaitu sebanyak RM 3,000, piala iringan dan sijil.

Advertisement

Festival ini turut mengiktiraf bakat para pelakon yang menjayakan teater-teater ini dengan hadiah RM 3,000, piala iringan dan sijil untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM 2,000, piala iringan dan sijil manakala Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik akan menerima hadiah RM 1,000, piala iringan dan sijil.

Sebelum itu, satu persembahan khas akan dipentaskan iaitu teater Rebab Berbisik yang akan menampilkan pelakon Rosnan Rahman pada Sabtu, 29 September 2012 mulai jam 8.30 malam.

 

Rosnan Rahman

Teater-teater ini yang merupakan naskhah terbaik yang terpilih daripada Manifestasi Teater Malaysia 2012 yang diadakan sekitar Jun dan Julai lepas untuk memilih naskhah-naskhah yang layak ke akhir.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Oktober ini di tempat yang sama, pukul 8.30 malam.

Orang ramai dijemput untuk menonton teater-teater ini sebagai apresiasi pada seni pementasan teater Malaysia oleh penggiat-penggiat seni dan budaya di Malaysia. Masuk adalah percuma.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...