Enam Kakitangan Al-Jazeera Bersama Tujuh Peguam Hadir Ke Bukit Aman Untuk Dirakam Keterangan

Trending

Enam Kakitangan Al-Jazeera Bersama Tujuh Peguam Hadir Ke Bukit Aman Untuk Dirakam Keterangan

Enam kakitangan stesen penyiaran Al-Jazeera dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Jumaat lalu. Mereka dipanggil bagi membantu siasatan terhadap sebuah dokumentari kontroversi yang telah disiarkan oleh agensi itu baru-baru ini.

Difahamkan enam kakitangan agensi berita itu terdiri daripada produser, editor, wartawan, jurukamera, dan juruteknik. Kesemua mereka tiba di Bukit Aman bersama tujuh orang peguam jam 8.50 pagi  untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Advertisement

Sebelum itu, USJT Bukit Aman telah memanggil beberapa saksi bagi mencatatkan pernyataan mereka berkaitan dokumentari Locked Up In Malaysia’s Lockdown yang disiarkan di YouTube pada 3 Jun lalu.

Dokumentari itu menjadi kontroversi dan menerima kecaman apabila mendakwa pihak berkuasa Malaysia menzalimi pekerja asing tanpa izin di sini dan mendakwa kerajaan telah melakukan penangkapan besar-besaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beberapa Menteri, Jabatan Imigresen, dan polis telah memberikan reaksi terhadap dokumentari tersebut dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menuntut permintaan maaf dari agensi berita itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud juga telah memberi amaran kepada warga asing yang membuat kenyataan negatif mengenai Malaysia bahawa permit kerja mereka akan dibatalkan. Jabatan Imigresen Malaysia turut memaparkan maklumat lengkap pekerja asing warga Bangladesh itu bagi mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengesannya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...