Himpunan demonstrasi jalan raya bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletak jawatan dijangka akan berlaku di sekitar ibu negara hari ini.
Menurut Jawatankuasa Bertindak #TangkapAzamBaki, biarpun polis menutup beberapa jalan, pihak mereka masih akan teruskan perhimpunan tersebut dan menukar lokasi di LRT Bangsar.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, penutupan jalan itu bakal dilakukan bermula jam 7 pagi hari ini hingga satu masa yang akan diberitahu kelak.
Kenyataan Media :#TangkapAzamBaki diteruskan pada 220122 dengan perubahan lokasi berkumpulhttps://t.co/oP0hcdQFGc pic.twitter.com/VQyblWg3MI
— Tangkap Azam Baki (@TangkapAzamBaki) January 21, 2022
Dalam pada itu, seramai lima ahli politik telah dikenal pasti antara 16 individu yang dipanggil oleh pihak polis untuk dirakam keterangan susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki dijangka akan berlangsung pada Sabtu.
Menurut Noor Dellhan, pihak mereka sudah panggil 16 individu dan lima daripadanya adalah ahli politik, namun tidak dapat mendedahkan identiti kerana masih dibawah siasatan.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah larangan berhimpun di Dataran Merdeka, sekitar pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara selama tujuh hari bermula Sabtu, berhubung ada pihak yang dikesan cuba untuk menganjurkan perhimpunan #TangkapAzamBaki di ibu negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.