Bekas pelakon, Datin Emylia Rosnaida menegaskan dirinya tidak lagi berhasrat untuk kembali ke dunia lakonan selepas memilih untuk berundur ketika namanya sedang meningkat naik.
Menurut Emylia, kini beliau lebih selesa memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga serta menggalas tanggungjawab sebagai pengurus peribadi suaminya, Datuk AC Mizal.
Ulasnya,
Kalau saya dan AC sama-sama aktif dalam industri, jadual pasti terlalu padat. Sekarang pun uruskan AC saya rasa masa tidak cukup, apatah lagi jika masih berlakon. Sebab itu saya pilih untuk berkorban, hanya seorang yang kekal aktif. Saya lebih bahagia uruskan keluarga dan anak-anak.
Ditanya sama ada rindu untuk kembali berlakon, Emylia menafikan perkara itu walaupun masih menerima pelbagai tawaran hingga kini. Jelasnya,
Tidak, saya sudah puas berlakon ketika muda. Buku lakonan sudah saya tutup.
Untuk rekod, konsert WE 4U2C Live In Concert dijadual berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.