Empat Tahun Tunggu Album Perkahwinan Siap, Isteri Tuntut Janji Jurugambar Untuk Arwah Suami

Trending

Empat Tahun Tunggu Album Perkahwinan Siap, Isteri Tuntut Janji Jurugambar Untuk Arwah Suami

Assalamualaikum.

Saya nak minta pendapat sahabat-sahabat semua berkenaan satu kes ni. Kes Janji Manismu Ku Dilambung Angan-angan. Kes ni dah lama. Tahun 2012 lagi.

Advertisement


 photo 1.jpg

Macam ini. Masa kakak saya nak kahwin dulu, dia upahlah seorang ini untuk jadi jurugambar. Dah bayar deposit. Beberapa hari sebelum majlis kakak dah pun bayar sepenuhnya. Majlis berjalan lancar. Jurugambar pun buat kerja dengan baik. Alhamdulillah.

Selepas itu, jurugambar bagi cakera padat (CD). Album tak siap lagi. Tunggu punya tunggu, dah 2016 tak dapat-dapat lagi albumnya tu. Empat tahun kot. Berapa juta keping gambar entah dia nak cuci. Pffftt–


Sampaikan suami kakak pun dah tak ada (meninggal dunia), album tu pun tak ada jugak sampai sekarang. Anak-anak kakak pun dah umur dua tahun sekarang.

Kakak mesej tanya pasal album, sekali saja dia jawab. Dia suruh sabar. Sabar abah mung dah empat tahun ni.

Lepas tu mesej dan telefon semua dia dah tak jawab tak angkat. Arwah abang ipar pun pernah telefon. Tapi hampa. Jurugambar tu rupanya pengecut nak angkat telefon.

Bila arwah dah tak ada, saya rasa terpanggil nak mesej jurugambar tu, tanya pasal album kakak. Sepatah pun dia tak jawab. Saya tanya kat timeline FB dia. Dia padam.

Kalau ada album tu, sekurang-kurangnya boleh jadi kenangan untuk anak-anak kakak nak tengok dan kenal arwah Abi diorang. Boleh saja nak cetak sendiri. Tapi harap duit tu sila la pulangkan kembali. Ni tak. Senyap saja tak jawab-jawab soalan yang diajukan. Siap dah buat bisnes lain pulak.

Tak tahu apa masalah jurugambar tu, terus senyap macam tu. Kalau duit tak cukup, beritahulah. Boleh dicukupkan. InshaaAllah. Tengok FB dia, rancak uruskan kembara ke Guang Zhou. Jadi, kau hidup lagi kan Fakhrul Haqimi?

ALBUM MANA? ALBUM? Tertinggal kat Guang Zhou ke macam mana?
Apa pendapat sahabat-sahabat semua? Apa tindakan yang patut diambil untuk selesaikan kes ni? Dah lapuk sangat kes ni.

•[KEMASKINI: 30 June 2016]

Jurugambar tersebut telah respon kepada saya setelah post ini mula diviralkan oleh sahabat-sahabat semua. Beliau berjanji untuk mengepos album tersebut selepas raya. Saya hanya akan padam post ini selepas album tersebut selamat sampai ke tangan kakak. Jika tidak, tindakan selanjutnya yang pastinya yang lebih drastik akan dilancarkan.

•[KEMASKINI: 1 Julai 2016]
Jurugambar meminta saya memadam gambar isteri dan anak beliau yang turut saya sertakan dalam post ini. Isteri beliau juga meminta jasa baik saya untuk memadam gambarnya dan anaknya. Saya terus padam gambar tersebut seperti yang diminta. Tak lama selepas itu, dia meminta saya padam post ini pula dan sanggup berikan saya sejumlah wang. Saya tidak menghiraukan tawaran tersebut. Kemudian dia menawarkan berapa sahaja yang saya mahu asalkan saya padam status ini. Juga saya abaikan tawaran tersebut. Jurugambar telah berjanji yang album akan siap selepas raya. Jadi, apa perlunya dia memberikan wang kepada saya. Lainlah kalau jurugambar tersebut langsung tak berjanji apa-apa dan wang tersebut dijadikan sebagai ganti rugi atau pemulangan wang kembali kepada pelanggan. Jadi saya anggap itu adalah cubaan untuk merasuah saya demi kepentingan peribadi.

•[KEMASKINI: 2 Julai 2016]
Setelah kes ini menjadi viral, satu-persatu muncul bekas-bekas mangsa penipuan si jurugambar tersebut. Jurugambar tersebut telah menjalankan penipuan ini sejak 2008 lagi! Betapa liciknya dia. Pernah berselindung di sebalik nama Mofahano Fotography dan Bonsai Studio sebelum menggunakan nama Fotomomento Studio. Modus operandi: Beri CD dan tunggu album siap. Selepas tu senyap tanpa khabar sehingga bertahun-tahun. Setan!

•[KEMASKINI: 3 Julai 2016]
Muncul beberapa individu yang cuba mempertahankan jurugambar penipu tersebut. Kesian kata mereka. Si jurugambar dalam keadaan tertekan sekarang. Kau ingat mangsa-mangsa dia selama ni tak tertekan? Makan tahun pulak tu. Ni baru beberapa hari saja. Berani buat, berani tanggung. Saya tak tahu apa tujuan individu-individu tersebut cuba mempertahankan jurugambar tersebut sedangkan sudah terang lagi bersuluh dia memang bersalah dalam hal ni. Biasanya tali barut-tali barut saja yang sanggup buat kerja-kerja tak berfaedah macam ni. Mungkin nama-nama mereka boleh dimasukkan dalam laporan kepada pihak berkuasa yang akan dibuat nanti. Biar mereka sama-sama disoal-siasat.


 photo 3.jpg
 photo 2.jpg
 photo 4.jpg
 photo 5.jpg
 photo 6.jpg
 photo 7.jpg
 photo 8.jpg
 photo 9.jpg
 photo 10.jpg
 photo 11.jpg
 photo 12.jpg
 photo 13.jpg
 photo 14.jpg
 photo 15.jpg
 photo 16.jpg
 photo 17.jpg
 photo 18.jpg
 photo 19.jpg
 photo 20.jpg
 photo 21.jpg
 photo 22.jpg
 photo 23.jpg
 photo 24.jpg
 photo 25.jpg
 photo 26.jpg
 photo 29.jpg
 photo 30.jpg
 photo 31.jpg
 photo 32.jpg
 photo 33.jpg
 photo 34.jpg
 photo 35.jpg
 photo 36.jpg
 photo 37.jpg
 photo 38.jpg

Sumber: Idda Marlina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...