Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Empat Tahun Teka Juara AJL dengan Betul, Ramalan Neelofa Paling Dinanti Netizen

Neelofa

Personaliti terkenal, Neelofa sebelum ini pernah meramalkan juara Angerah Juara Lagu (AJL) dengan tepat selama empat tahun berturut-turut.

Maka untuk edisi kali ini, ramai netizen yang menantikan ‘ahli nujum’ Neelofa untuk meneka siapakah finalis yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu untuk edisi ke-35 yang bakal berlansung pada malam ini.

Advertisement

Tidak ketinggalan, Neelofa menerusi ciapan twitternya telah tampil meramalkan lagu nyanyian Aina Abdul berjudul Semalam yang bakal menyinar sebagai juara.

Selain itu, dua lagu lain yang turut tersenarai dalam ramalan Neelofa ialah lagu Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Belenggu Rindu (Wany Hasrita feat Jamal Abdillah).

“Pengakuan, saya kurang tahu mengenai lagu yang bertanding tahun ini tetapi inilah ramalan saya untuk AJL35..” tulisnya sambil menyenaraikan lagu-lagu pilihannya untuk menjadi juara.

Hanya menanggap sebagai hiburan, Neelofa sempat memesan kepada pengikut serta peminat di luar sana agar tidak terlalu mengambil serius mengenai tekaannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Ini hanyalah ramalan saya tau. Ia mungkin salah. Apapun, kita enjoy AJL35, anugerah yang mengiktiraf lagu dan penulis lirik kita.”

Terdahulu, Neelofa meramalkan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel bakal menjadi juara untuk AJL34 dan ternyata, tekaannya mengena.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tekaan Neelofa juga mengena untuk edisi AJL ke 33,32 dan 31.

Anugerah Juara Lagu ke-35 bakal menyaksikan lagu-lagu hebat bertanding seperti Gundah (Ernie Zakri), Hati (Hael Husaini), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Kau Sakiti (Amir Masdi), Semalam (Aina Abdul), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kym Kmo & Luca Sickta), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff,Noki & Loca B) dan Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top