Empat Tahun Menyepi, Lana Nodin Buat ‘Comeback’ Berlakon Drama Berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri

Hiburan

Empat Tahun Menyepi, Lana Nodin Buat ‘Comeback’ Berlakon Drama Berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri

Setelah empat tahun menyepikan diri daripada dunia seni kerana memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak, pelakon Lana Nodin kini mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

Lana Nodin atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin,40, berkata sepanjang waktu berehat daripada dunia seni, dia banyak mempelajari teknik lakonan daripada pelakon-pelakon baharu menerusi drama-drama di kaca televisyen.

Advertisement

Bakal muncul dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri  untuk slot Samarinda TV3 tidak lama lagi, Lana memberitahu bahawa itu merupakan kemunculan pertamanya setelah agak lama ‘bersara sementara’ daripada berlakon.

Tambah Lana lagi, keputusan untuk kembali berada di set penggambaran ini turut mendapat sokongan daripada suami tercinta, Mohd Daud Mckienzie.

“Suami saya beri galakkan untuk kembali berlakon..kalau ikutkan tak payah dah berlakon namun disebabkan jiwa dan minat saya dalam bidang ini terlalu mendalam membuatkan saya tetap nak berlakon. Sejujurnya saya tak puas lagi.”

Tambah Lana lagi, dia yang mendirikan rumah tangga ketika waktu kariernya berada di puncak dan kemudiannya memperoleh cahaya mata telah menyebabkan dia berhenti seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak.

Sekadar info, Lana telah mendirikan rumah tangga bersama David Mckienzie pada 15 Mei 2015 yang lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie,3, dan William Daud Mckienzie yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...