Bagi seorang penyanyi, tempoh berehat selama empat tahun itu merupakan jangka masa yang lama dan mempunyai risikonya yang tersendiri.
Menurut penyanyi dan pelakon Dafi Ismail Sabri, tempoh beliau ‘berehat’ selama empat tahun itu membuahkan rasa rindunya untuk beraksi di arena muzik tanah air.
Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik. Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya.
View this post on Instagram
Pelakon filem Ada Hantu turut berkata, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sedikit sebanyak ia membantutkan niatnya untuk melancarkan lagu baharu.
Walau bagaimanapun, beliau berazam akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menghasilkan karya yang terbaik disebabkan sudah lama tidak mengeluarkan lagu baharu.
Selain bergelar seorang penyanyi, bekas peserta Akademi Fantasi musim ke-5 itu juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem Ada Hantu yang kini sedang ditayangkan di Disney+Hotstar arahan Hairul Azreen dan diterbitkan oleh Adrian Teh.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
August 25, 2021 at 6:44 pm
ponennn
Lololoklak
August 25, 2021 at 1:33 pm
Bapak dah jadi PM, job banyak laa.. Hahaha
Anonymous
August 25, 2021 at 11:44 am
tak payah nak try riding the coat tail lah dafi. kalau ko tu betul berbakat lama dah bakat ko tu terserlah. sekarang ko nak buat come back sebab bapak ko jadik pm. sendu perangai
sajat susu sejat
August 25, 2021 at 11:26 am
ko munculkan diri sbb bapa ko PM kn?? eleh…. x ingin yooo kmi dgr suara yg x sberapa tu!!! ko ikut je jajak bapa ko!!!!!!!!!!!!!!!sendu!!!!!!!!!!!!aaaaaaagiiiiiiiiiitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww