Written by AbangNara | November 16th, 2018

Perniagaan atau bisnes bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai menceburkan diri di dalam bidang ini tetapi kecundang di tengah jalan. Namun ada jua yang benar-benar berjaya hingga bergelar jutawan, gah berdiri di dalam empayar perniagaan mereka dan dikenali di pelusuk dunia. Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh ke luar negara untuk mencari usahawan sebegini. Di Malaysia juga cukup ramai individu yang mampu memberikan kita inspirasi, semangat dan contoh untuk berjaya seperti mereka di dalam bidang perniagaan. Antaranya ialah:-

1. Vivy Yusof – pengasas FashionValet

1

Sekiranya anda seorang fashionista, pastinya anda pernah melawat laman web FashionValet yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini. Bermula sebagai seorang blogger, kini Vivy Yusof mempunyai lebih daripada 400 jenama yang menjual produk mereka di laman webnya. Malah tudung dUCk ciptaannya juga menjadi fenomena dan seringkali ‘sold out’ setiap kali koleksi baru dilancarkan. Kini Vivy turut sama membuka kedai fizikal FashionValet di kompleks membeli-belah seperti Publika, Pavillion dan Bangsar Shopping Centre untuk memudahkan produknya dibeli oleh orang ramai.

2. Siti Sarah Binti Shah Nor & Ashrul Rizal bin Sulaiman– pengasas Modvier2

Pasangan suami isteri dengan 2 orang cahaya mata ini adalah pengasas kepada Modvier, butik yang menawarkan fesyen Muslimah untuk wanita beragama Islam. Butik ini memang popular serata Malaysia, lebih-lebih ketika musim perayaan. Visi pengasas Modvier ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi pusat fesyen pelbagai jenama terkemuka di Malaysia. Mereka berdua adalah gabungan mantap yang kini semakin meningkat naik di kalangan peminat busana sopan Muslimah. Terbaik!!!

3. Nadhir Ashafiq – pengasas servis The Lorry

3

Bermula dengan satu idea yang simple untuk menyelesaikan masalah mencari servis lori yang boleh dipercayai ketika berpindah rumah, kini TheLorry yang diasaskan oleh Nadhir Ashafiq telah bernilai puluhan juta ringgit. Kehebatan Nadhir Ashafiq terbukti apabila dirinya disenaraikan di dalam Malaysia Under 30 Forbes List pada tahun 2017. Kini TheLorry turut beroperasi di Singapura, Indonesia, Thailand dan di dalam perancangan untuk mengembangkan sayap mereka ke Vietnam serta Filipina.

4. Christy Ng– pengasas jenama kasut Christy Ng

4

Dilabel sebagai “the next Jimmy Choo”, Christy Ng telah mula menjual kasut secara ‘online’ menerusi laman web sejak tahun 2010. Kasut-kasut yang dijual adalah hasil rekaannya sendiri termasuk kasut perkahwinan, kasut tumit tinggi, wedges dan banyak lagi. Kini kasut ciptaan Christy Ng telah dipakai oleh wanita seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.

Adakah anda terinspirasi untuk terjun ke bidang perniagaan selepas membaca kisah-kisah kejayaan empat rakyat Malaysia ini? Namun adalah lebih baik untuk kita melengkapkan diri dengan selok-belok perniagaan sebelum menceburi ke dunia yang penuh ranjau, dugaan dan cabaran ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah sesuatu aspek yang amat dititikberatkan oleh anda semua. Dengan Taylor’s Business School di Taylor’s University, anda berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan yang komprehensif dan praktikal. Baru la dapat best of both worlds, tak gitu?

5

Bersesuaian dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, salah satu bidang pengkhususan yang disediakan di Taylor’s Business School ialah “Entrepreneurship”. Sekiranya anda ingin mengikuti jejak langkah mereka dan menjadi the next Vivy Yusof, Neelofa, Christy Ng dan Nadhir Ashafiq, sudah tentu meningkatkan ilmu “Entrepreneurship” di Taylor’s Business School adalah satu pilihan yang tepat.

6

selain Entrepreneurship, ada 6 lagi pengkhususan yang ditawarkan di Taylor’s Business School

Senang cakap, anda boleh memilih mana-mana pengkhususan yang anda minati di samping mempelajari pelbagai subjek elektif yang bersesuaian dengan dunia perniagaan sekarang. Semuanya mengikut kehendak dan kemahuan anda. Apa yang pasti sebaik sahaja anda mengenggam segulung ijazah selepas tamat belajar di Taylor’s Business School, anda pasti bersiap sedia 100% untuk menceburi dunia perniagaan sebenar. Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Taylors University. Selamat maju jaya dalam bidang perniagaan!!!



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Empat Rakyat Malaysia Ini Adalah Inspirasi Terhebat Untuk Kita Berjaya Di Dalam Perniagaan

  1. Anonymous says:

    eww..jual tudung kat zouk clubbing inspirasi?biar betol ko ni nara? dapat lagi turban free ke ni??

    2

    7
  2. fit says:

    di sebalik vivy ada fadza,
    di sebalik neelofa, ada noornabila
    diorg pengasas sebenar…huu

    20

    0
  3. anonymous says:

    inspirasi pundek …..kalau bapa atau family aku kaya mcm si bibi tu aku ponnn leh jadi inspirasi tuk korang bahlol …sah2 la dorang ni semua bukan ada qualification bombastik pun ,ckp je ‘pak nak buat bisnes la’ nahhh selambak modal pak aku lempar.sori statement memg nmpk jeles ye tapi cuba korang pikir btul tak apa aku ckp, when ur r nobody,pls dont waste time to dream of becoming like them

    2

    1
    • Anon says:

      Mungkin kurang tepat diorang ni diangkat jadi ikon, tapi statement ko tu kurang tepat. Ramai je yg background nobody berjaya jadi usahawan tanpa apa2 cable cuma mereka tu low profile & tak popular. Cuba ko google pengasas eversendai, A. Nanthan, dia dulu jual besi sekerap je, skrg billionaire, supply besi kat projek2 besar kat dubai lagi.

      0

      1
    • Anonymous says:

      Maaf x setuju langsung. Before shooting bullets u better do some research about her before maki org mcm org gila.

      0

      0
    • Anonymous says:

      kot betul pun la statement kau ni, cakap elok2 tak boleh? takyah tunjuk level kebodohan dan kedengkian kau sangat

      0

      0
  4. Kak perihatin says:

    Boleh tak kalau kau orang Komen lebih beradab……ni Komen benda Kotor,lucah Dan kata kesat……

    2

    1
  5. Anonymous says:

    Apasal aku tengok vivy nmpk cepat tua, org kaya biasa segar bugar.

    6

    1
  6. Saifol ` says:

    Alaa apa masalahnya dah memang diorang ni berjaya pun biar jela. Apa kata kita sama sama tengok diorang ni as aspirasi untuk kita sama sama berjaya jugak

    2

    1
  7. Anonymous says:

    mak bapak kaya belum tentu pon ko bukak bisnes boleh berjaya. dorang ade skills, experience, bukannye duit semata2 oi. aku x fans vivy neither lofa, tp still respect drg as a businesswoman. dorang ade leadership sbb tu success. nonsence betul komen budak2 dlm ni

    3

    2
  8. lina says:

    mana dato aliff ?? pelase laa nara jgn pilih kasih ..

    0

    1
  9. anonymous says:

    bullshit

    0

    1

Leave a Comment

Optional