Empat Pelajar Terlibat Kes Rog*l Dibenarkan Duduki SPM — Fadhlina Sidek

Berita

Empat Pelajar Terlibat Kes Rog*l Dibenarkan Duduki SPM — Fadhlina Sidek

Empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kes rogol bergilir-gilir seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 3 November ini, memetik Kosmo Online.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Polis Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua pelajar tetap menerima hak mereka dalam pendidikan.

Advertisement

Fadhlina Sidek

SPM akan tetap diteruskan dan kita akan pastikan juga supaya mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka.

Menurut Fadhlina, tindakan undang-undang akan dijalankan oleh pihak polis, manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menumpukan kepada aspek disiplin, sokongan sekolah dan kesejahteraan emosi pelajar.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berhubung kes seorang pelajar tingkatan tiga yang mendakwa dinoda secara bergilir oleh empat pelajar senior di sekolah berkenaan.

Tambahnya, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan sokongan emosi di hospital, sementara pasukan kaunselor turut digerakkan bagi membantu warga sekolah menghadapi kesan insiden tersebut.

“Kaunselor akan turun memberikan sokongan penuh kepada warga sekolah dan anak-anak kerana sekolah ini adalah antara sekolah terbaik di Melaka,” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

YB Duyong
2025-10-12 10:24:23

"Rotan Bukan Penyelesaian? Entahlah Kak Menteri.." - YB Duyong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...