Empat Lelaki Ditahan Pihak Polis Bantu Siasatan Kes Bunuh

Trending

Empat Lelaki Ditahan Pihak Polis Bantu Siasatan Kes Bunuh

Seperti yang kita tahu, kes pembunuhan bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam negara kita. Banyak sudah kita dengar tentang individu yang ditahan oleh pihak polis kerana membunuh mahupun terlibat dengan kes bunuh.

Menerusi sumber daripada BERNAMA, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menahan empat orang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Sungai Pelek yang berlaku dua hari lepas.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 33 tahun itu ditahan di Ladang Sepang pada 9.30 pagi semalam.

3 years ago

Kes Bunuh, Rakan Baik Sempat Larikan Wang & Alat Solek Selepas Bergelut Dengan Mangsa

Tambah beliau lagi, pihaknya telah menerima laporan daripada teman wanita mangsa dengan menyatakan mangsa yang berumur 45 tahun telah ditetak di hadapan rumahnya pada hari Sabtu kira-kira pukul 11.30 malam.

“Semasa mangsa berada di luar rumah kerana mahu muntah selepas mengambil sedikit minuman beralkohol, tiba-tiba datang sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah”

Dalam kenyataan oleh ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof semalam beliau berkata, dua suspek telah keluar daripada kereta tersebut dan seorang daripadanya bertindak menetak mangsa di belakang badan dan kepala.

Seorang lagi suspek telah memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum mereka berdua melarikan diri dengan kenderaan tersebut. Mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Putrajaya dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, pihak polis telah menemukan sebilah parang berhulu merah, topi keledar dan kesan darah di atas lantai” – ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof

Empat lelaki ditahan polis bantu siasatan kes bunuh

Gambar Hiasan – Sumber Google

Tambah beliau lagi, pihaknya turut merampas sebuah kereta Proton Iswara dan Perodua Bezza serta empat telefon bimbit selain penahanan keempat-empat lelaki tersebut.

Siasatan awal mendapati tiga daripada empat orang lelaki tersebut mempunyai rekod kesalahan lampau dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...