Empat Kanak-Kanak Tinggal Di Rumah Flat Penuh Sampah, Tak Makan Tiga Hari

Dunia

Empat Kanak-Kanak Tinggal Di Rumah Flat Penuh Sampah, Tak Makan Tiga Hari

Empat orang kanak-kanak yang dilaporkan berusia antara tujuh, lima, empat dan tiga tahun telah diselamatkan dari sebuah rumah flat yang kotor dan dipenuhi sampah di Kazakhstan.

Lapor Daily Star, kesemua kanak-kanak itu turut didapati kekurangan zat, sukar untuk bercakap dan juga tidak dapat berjalan dengan baik.

Advertisement
budak kurang zatSumber : Daily Star 

Malah, seorang daripada mereka kini dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut laporan, kediaman mereka itu dipenuhi sampah dan juga lampin kotor dan keluarga berkenaan juga tidak menjamah sebarang makanan sekurang-kurangnya selama tiga hari.

 

Penemuan kanak-kanak dalam keadaan menyayat hati itu bermula apabila jiran keluarga itu telah menghubungi polis setelah mendakwa terdapat pergaduhan dari rumah tersebut.

Kanak-kanak itu berada di sebuah rumah yang kotor, terdapat najis lalat, dan bau hancing di mana-mana.

budak kurang zatSumber : Daily Star 

Kanak-kanak itu berbogel dan kotor. Mereka semua tidak boleh berjalan. Ada yang perut kembung, muntah selama lebih dua hari dan tidak cukup zat.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa dan tidak pernah mendapat sebarang rawatan perubatan.

Kesemua kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak.

wanita hamil dihalau suami
2 years ago

Dihalau Ketika Hamil 9 bulan, Rupanya Suami ‘Getback’ Dengan Isteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...