Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Empat Hari Tayangan, Filem Munafik Kutip RM21.6 Juta

Penuh dengan mesej tersirat dengan jalan cerita yang menarik meskipun ia adalah filem genre seram, Munafik 2 nampaknya terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM 21.6 juta hanya selepas empat hari ditayangkan.

Advertisement

Berita itu disahkan sendiri oleh Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya. Beliau merasa syukur tidak terhingga dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas sokongan mereka terhadap karyanya itu.

Kutipan terkini Munafik 2 telah berjaya mengatasi rekod filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini berjaya mengutip RM 9 juta sahaja pada hari keempat tayangan.

Terdahulu, filem ini juga berjaya mencipta sejarah tersendiri kerana telah berjaya mengutip RM 2.05 juta pada hari tayangan awal. Tahniah kami ucapkan kepada Syamsul yang berjaya membangkitkan semula kehangatan filem tempatan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Aru Kanda

    September 4, 2018 at 8:49 am

    baru rasa syok nak masuk panggung. kalau tidak layan citer omputeh je lah.

    • wekkkkkkk

      September 4, 2018 at 9:28 am

      tak perlulah masuk wayang tgok hantu.
      Kalau nk tengok hantu yg betul2 punya, sila gondolkan semua bulu yg ada di seluruh badan, termasuk bulu mata dn kening, jgn tinggal sehelai pun, bila ko jadi hantu samaran, maka ko akan nampak hantu betul di sekeliling ko.

      ….silakan…
      ..munafik hanya filem…..:-)

  2. Kobes Bunga

    September 4, 2018 at 8:09 am

    Salam. sebagai org yg dah tgk cite ni.. komen aku.. cite ni byk ajar kita tentang persiapan menghadapi fitnah Dajjal..sedangkan org yg kuat ilmu agamanya jg kecundang dgn fitnah, inikan pula kita yg imannya senipis kulit bawang dan hati mudah di bolak balikkan.. surah2 yg dibaca dia siap tulis ayat ke berapa dan surah ape.. sis mak n anak buah tgk dgn fokus smpe popcorn kt tangan pon luak suku jer.. tu pon mkn mase blom start movie..

  3. grumpydrive

    September 4, 2018 at 7:40 am

    Based om trailers, the movie comes across as between exorcist and vampire movies with a little bit of Japan/Korean horror movie vibe. .. Layan jer lah.

  4. Dekat 4:00 PAGI

    September 4, 2018 at 3:54 am

    Tak paham aku KENAPA filem mesti nak UPDATE pasal jumlah kutipan selepas ditayangkan diseluruh Malaysia . Macam nak berlawan daripada segi kutipan yang didapat .

    So siapa dapat kutipan paling banyak film tu la yang menang .. gitu >

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 7:48 am

      itu sume care dieorg promosi filem…ko tak paham ke

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 8:37 am

      Pencapaian yang boleh dibanggakan….makna filem ni “menjadi”. Filem2 Melayu mengalami kemerosotan 5 tahun sudah bila David Teoh dan Prof Razak Mohaideen dah tak buat filem lahir2 bakat2 baru yang lebih fantastik.

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 8:09 am

      promosi. tp ni antara filem yg berbaloi utk ditgk.

    • feldegast

      September 4, 2018 at 8:22 am

      Ini marketing lah. Ko canang kutipan banyak bagi mesej pada public filem tu ramai orang tengok. Jadi orang lain pun akan berminat nak tengok.

      Ko tengok filem2 Marvel pun canang kutipan jugak.

      Stress baca komen2 pembaca IQ 5 ni. Macam tak sekolah.

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 8:52 am

      melayu biasalah tu wak, ada je nak cari salah.
      contoh pas dan umno…. padahal mereka sendiri x sehebat mana.

    • Saya Anggun

      September 4, 2018 at 9:28 am

      Dia (Dekat 4:00 PAGI) ni mesti tak belajar bab Marketing. Sebab tu bebal pasal Marketing. Haha

    • M Coll

      September 5, 2018 at 11:10 am

      Blog ni dah x happening. Ramai yg dah tak masuk sebab banyak iklan !

  5. Anonymous

    September 3, 2018 at 10:14 pm

    Lega bila David Teoh dah jarang buat filem. Mutu filem kita bertambah baik. Cuma Badang tu je yng aku x paham knp hero kepit yng ko ambik!

    • RIP

      September 3, 2018 at 10:34 pm

      Blog ni dah x happening. Ramai yg dah tak masuk sebab banyak iklan !

    • Cik B

      September 4, 2018 at 8:53 am

      Jom join Lavida Coin…jadi kaya daripada layan Melayu filem tak asah otak ni. Loser.

    • wekkkkkkk

      September 4, 2018 at 9:24 am

      kau dulu lah…sbb ko anak nya.

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 1:48 pm

      Cik B… ape kate ko mkn dulu produk mak ko tu… tak berani mkn sbb produk timbang pukal menipu ingredients kan… gerenti tetap gemok & hitam kan… sendiri tak berani mkn produk mak ade hati canang lavida coin menipu tu

    • bukan tukang ampu

      September 4, 2018 at 8:08 am

      sebagai peminat filem yg pro…sbb aku layan jer semua jenis movie . cina, turki, tamil, hollywood tok sah cakap la kan. aku bagi 10/10 BINTANG kat filem ni! mmg terbaek. sape ckp anak tempatan / filem melayu tak boleh pergi jauh. terbaik. suspen, seram yg paling aku suka MESJ dr citer ni. mmg rasa TERTAMPAR la dgn mesej yg cuba disampaikan pd masyarakat. skrg aku tak sabar nak tunggu filem ‘Ini Kalilah’ dan ‘Guthrie’ yg dibuat based on true event ni. tahniah!

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 8:11 am

      *MESEJ. sorry typo

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 8:39 am

      BN ni makin hari makin sepi. Ramai yg pindah ke R oti K aya :(((

    • Anonymous

      September 4, 2018 at 8:14 pm

      blog ni kalau letak cerita neelofa ke fatzura ke baru la berduyun-duyun orang membawang.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top